Showing posts with label Review Ngarut. Show all posts

6 Sebab Lelaki Main Counter-Strike

3 Comments »

kenapa lelaki suka main counter strike
logo counter strike
"Apa? Kau tak main Counter-Strike?? Kau ni memang Gay la.."- member aku, si Man menjerit. Terkejut jugak aku. Tapi ayat tuh tak ditujukan pada aku, sebaliknya ditujukan pada Zep.

Tu lah penangan counter-strike! Bagi lelaki, counter-strike ni dikira sebahagian dari budaya masa kini. Tak main counter-strike, kau dikira GAY. Melampaui Batas! Tapi janganlah terkejut, tu semuanya gurauan kasar. Kami (lelaki) memang suka bergurau kasar. Adakala sampai nak bertumbuk hari ini. Esok, elok balik. Macam biasa. Lelaki ni takde la kuat touching bila bergurau sesama lelaki...

Sape la tak kenal game counter-strike? Tak kenal, sila kambus diri anda dalam lubang 8 kaki. Counter-strike ni memang femes kat budak laki, tapi zaman dah berubah. Budak perempuan pun ada main game counter-strike. Mereka lagi terer kott dari lelaki.

Nak dijadikan citer, counter strike ni begenre FPS atau First Person Shooter. Maknanya, korang kawal karakter melalui pandangan mata karakter tersebut. Dalam skrin monitor LCD korang, hanya ada gambar senjata api, tangan dan kawasan sekitar. Tak nampak badan langsung! Nampak badan bila dah mati. Biasa Counter-Strike ni main dengan rakan taulan je. Tak susah manapun main, aku dulu start main game ni masa darjah 5 sampai sekarang, aku still main game ni lagi. Mana boleh pisah. Sebab aku lelaki, game ni memang kena alert 24jam. Tak alert korang mati kena tembak. Terkangkang mati woi... Paling malu, mati peluru senapang korang still full lagi... Haru....

counter strike untuk lelaki
Macam ni la pemandangan FPS
Aku ada 6 sebab-musabab kenapa lelaki stick kat game counter-strike. Tak kisah la apa jenis lelaki pun.

Pengaruh Kawan

Perkara biasa berlaku ke atas manusia. Baik jahat sesuatu perkara dipengaruhi oleh rakan taulan. Bila rakan ajak, tapi kita tolak, kita akan dilabel sebagai PENAKUT, GAY, BADUT dan memacam lagi lah. Benda ni la yang buatkan kitorang rasa tercabar. Sampai aku masuk Universiti pun masih lagi berlaku. heh..

Mengisi Masa Lapang

Masa Lapang takkan nak dibazirkan. Bila cuti semester ni, aku malas gila nak keluar. Bila malas keluar, aku melekat la kat depan laptop ni. Bila melekat tu.... 

Main counter-strike la... takkan aku nak cantum 1000 puzzle kot. Rosak pundi kencing gua. lain? hmm... sorry private. Cuti semester, member-member sekolah bukannya ada sangat. Kalau ada pun baper kerat je. Kalau aku tak keluar dengan diorang, aku mula lah meraban dengan counter strike. 

Hilangkan tension assignment yang berbukit-bukau

Sape yang tensyen buat assignment, pergi bace buku? gila ape?? Dah tentu la kami main game couter strike. Lebih lagi game yang bunuh-bunuh. Baru puas kasi tembak kepala, bocor terabur darah. Lepas tu gelak besar! 

killing is fun in counter strike
tengok darah tu... 
Q:Killing Is Fun Things?
A: YES! because, killing help us kill our tension.


Desktop Lebih Meriah

Takkan nak letak Word & PowerPoint je. Ngadap logo natang ni pun aku dah tensyen gile. Hard Disk ada 500gb, takkan nak penuhkan dengan tahi dan assignment je? takde life... Mari penuhkan hard disk anda dengan game..

Tambah Pengetahuan Am

Ni alasan paling bodoh yang member aku bagi, tapi aku terima jugak pasal ada kena mengena dengan hidup aku ni. Tak sangka jugak aku setuju dengan idea ni. Siapa kata, counter-strike ni 'membunuh' keinginan untuk tambah pengetahuan Am? Dah lebih 5 tahun aku berkecimpung dalam bidang ni. Masa tengah beli senjata, korang mesti baca info tentang setiap senjata kan? Tapi siapa peduli nak baca natang ngarut semua tu? Semua nak fikir bunuh je. Aku ingat lagi, cuma perkataan 'rendezvous' dalam game counter strike tu je aku hafal perkataan tu. Lepas tu, aku cari dowh maksud dia dalam internet. Macam batak pulak. Tapi aku puas untuk tahu sesuatu perkara yang aku tak tau...


Forever Alone
Yang ni sensitif sikit. Tapi biase la, nak ubati kesunyian tu. Takde awek nak dilayan. Menembak melatih diri memfokuskan diri.

T.T
Yang last sekali tu merupakan penyebab utama kenapa lelaki ramai yang main game macam ni. Haishh... nak buat macam mana, terima je la...

Anugerah Skrin 2012 Serius Tak Syok

4 Comments »

`
#Realiti Vs Mentaliti

Well. Nak dikatakan aku suka tengok television tu tak la. Tapi hari ni ada la aku 'tertengok'/ 'tertonton' pasal Anugerah Skrin 2012. Anugerah Skrin ni khusus untuk pelakon-pelakon tempatan yang dah lama naik and yang baru nak naik bergabung, serta tak lupa juga penerbit movies dan drama swasta berkampung bawah satu bumbung bernama stadium. Malas aku nak mention nama tempat. Takde la grand sangat, tapi boleh la aku rated sebagai melepas batuk ditangga elevator.

#The Introduction. Serius Merapu dan Bohsan.

Aha. Ni lauk ni. Introduction Anugerah Skrin aku tengok da macam pentas drama taraf sekolah rendah. Opening bosan. Dan Neelofa. Amende la. Takde orang lain ke nak pilih? Aku tau, tu rezeki dia, tapi why Neelopak?? Why?? Kenapa tak laki bini je buat. Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya. Kan sweet? Lagi satu, diorang ni dah kawin. So setakat sentuh tangan tu aku rasa normal la bagi suami isteri. Ni bole pulak pakai si Neelopak? Dafuq?

Datuk Rahim Okey. Smart. Bergaya. Sesuai pakaian dia dengan usia beliau. Tapi muka dia nampak BORING. Muke dia da mula tak suka and takde feeling kott tang si Neelopak masuk.

Abon. Jadi watak Cermin Sakti. kekurafatan dah berlaku kat situ. Takpe la Abon. Rezki hang. Nak buat macam mana? Cermin pun cermin la....

Berlaku dialog yang bertindih. Abon nak cakap. Neelopak pun nak cakap. aiseh. Neelopak..sabar skit naaa...

Kemunculan Lady Gaga Malaysia. Shit. Gua terus masuk dapur cari makan. Malas gua nak dengar suara dengan muka dia. dont ask me why eh...

#Lawak Lucah

Tang masa nenek kebayan kata sesuatu pasal hati, lalu menunjukkan direct ke buah dada Neelofa. Awal Ashaari boleh tanya pulak kat mana. Agak-agak la hang pi tengok tang dada neelopak tu apasal. Hang bukan dah kawin ke? Yang si Neelopak pulak sengih-sengih, macam kerang rebus. Suka la tuh?

"Nasib baik TV3, boleh sentuh-sentuh ( lelaki perempuan ) sikit. Kalau tv Al-Hijrah, memang tak dapat dah"- Abam Rosyam kiterr

Haa... ni perli ke amende nie? And then, open facebook, ade lak gambo kat printscreen Ustaz Azhar Idrus tentang komen Abam Rosyam kite.


Big Boh da bersuare tu? Amacam? pedas ka? Respon abam Rosyam ni guwe tengok kat pesbuk ja. Malas den nak layan Anugerah Skrin ni. 

Selebihnya, Guwa cabut dari menonton tv lalu menuju ke bilik main game Angry Bird Space yang da lame aku tak lepas-lepas lagi. watehell. Aku rase kalo aku teruskan tengok pun, kt pesbuk lagi up-to-date kat feed wall aku. Tak payah tengok, dalam pesbuk bole cerita dari A sampai Z. Rasa macam nak flip the table je zzzz




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...