Showing posts with label kasi Tukar. Show all posts

Program Menarik Untuk Annual Dinner

Read more » | 4 Comments »

backlink mudah, track ip, cari tajuk untuk blog
feedjit aps

Hari ni aku saje je merenyam tangan bukak feedjit yang aku tempek kat tepi blog ni. Entah pape ntah widget ni, aku saje je try dowh, mane tau berguna. Tapi memang berguna untuk cari idea. Trimas dowh pada unknown visitor yang bagi tajuk ni. Walaupun nampak remeh, tapi aku rasa benda ni patut aku BESAUKAN sikit memandangkan ada tajuk nih.Well, that visitor try to searched "Apa program menarik untuk annual dinner" right? AND, you get it, RANDOM VISITOR! 

Sape yang bertugas dibalik tabir untuk membuat annual dinner ni aku tau memang perit maung bau ketiak nak buat keje. Dengan karenah Ahli Jawatankuasa yang macam biskut Hup Seng cap ping pong, tambah lagi, yang pentingkan kroni. PUI! Dengan karenah pentadbiran pelajar serta kewangan yang tak habis-habis nak ''CUT BUDGET'' dan dengan masa yang tak mencukupi a.k.a masa mencemburui kita dowh.. biasa annual dinner kat Universiti aku kena buat seminggu SEBELUM Final exam. So, sape yang bertugas untuk dinner ni, kenalah tempah hari ape yang korang nak buat. Kalau hari sabtu dan ahad memang kirim salam la, budak course len mesti dah cop punya.. cepat je diorang buat keje. natang betui.. Ilmu ape yang digunakan.

Perlukah Program Penerapan Uitm Dihapuskan?

7 Comments »

Salam Readers,

Terlihat hari ni, status pesbuk Dato' Sri PROF. IR. DR. Sahol Hamid Abu Bakar Vice Chancellor Uitm. Status ni da lame, cume aku je yang tak perasan..

Beliau menyatakan bahawa program penerapan atau Fast-Trek tidak akan diteruskan lagi kerana permintaan untuk program penerapan telah menurun serta anjakan kalendar akademik yang menyebabkan kalendar diploma tidak selari dengan degree lagi dan tidak menguntungkan pelajar lagi dari segi masa. Dan ini telah diluluskan oleh ahli senat Uitm sendiri. Ini adalah kuasa Mutlak Ahli-ahli Senat Uitm.

Ada tambahan mengenai penutupan program Penerapan/FT. Ini adalah Penjelasan Oleh  Prof Azni TNC Akademik, aku grab dari Page Dato Sahol:

Salam semua. saya ingin menjawab bagi pihak Senat UiTM. Pada mulanya program penerapan telah diwujudkan supaya lebih ramai lagi graduan berkelayakan ijazah untuk memasuki pasaran dengan masa yang lebih pendek. Mereka dari diploma semester 3 diserap ke degree semester 2 atau 3. Kemudian mereka tidak dapat meneruskan program dengan baik
kerana asas mereka belum lagi kukuh. Kemudian pihak fakulti tidak benarkan lagi penerapan berlaku di semester 2 atau 3 dan pelajar ini perlu memasuki degree semester 1. Kebelakangan ini didapati prestasi pelajar merosot dan ada juga yang kena "dismissed". Ditambah pula anjakan semester yang mengakibatkan kemasukan diploma dan degree pada bulan yang berbeza. Pihak HEA telah mebuat kajian dan didapati bahawa cuti yang panjang sebelum masuk ke degree menyebabkan kemerosotan prestasi pelajar.Apabila mereka bergraduat kelak perbezaan antara pelajar normal dan pelajar penerapan jarak masa bergraduat tidak jauh beza. Oleh itu pihak Senat telah membuat keputusan untuk tidak menawarkan lagi program penerapan. Untungnya pelajar program biasa adalah: mereka akan menerima dua sijil; diploma dan degree dan juga boleh memilih program lain atau bekerja dahulu selepas diploma. Mereka yang bertungkus lumus untuk mendapat CGPA yang tinggi pun tidak akan rugi kerana mereka mempunyai lebih peluang untuk diberi tempat dan mendapat program degree yang diminati. Makluman tidak diberi lebih awal adalah kerana masaalah teknikal. Bagi pelajar yang telah membeli nombor pin, sebarang bayaran akan dipulangkan kepada mereka.

Apa Itu Program Penerapan (Fast Trek,FT)

Program Penerapan atau Fast Trek (FT) ni pada asalnya bertujuan untuk mempercepatkan masa pembelajaran korang dari peringkat diploma ke peringkat degree. Program ni hanya untuk Pelajar sepenuh masa Diploma Uitm. Maknanya, setelah 3 semester korang study bagai halilintar kat Uitm, dapat pointer cemerlang, korang akan ditawarkan melalui emel atau SMS atau korang boleh mohon sendiri dengan sukarela jika pendaftaran dibuka. Sebelum tu, korang kena beli No PIN kat BSN, Rm 10. Macam biasa laa...

Bukan SEMUA program diploma ada FT okey! Ingat tu

Print-screen dari Page Dato VC tentang Program FT



#Pendapat Kecil Member aku

Menurut member aku, Fast trek ni bagus katanya. Boleh cepat graduate. Boleh dah masuk dunia pekerjaan. Jimat duit dari segi kewangan. Dia malas nak belajar lama-lama. Guwe mengangguk je... 

Member aku cerita lagi pasal FT ni. Sebelum start kuliah, sape sape yang ambil program FT ni, akan diberi taklimat khusus tentang Pengecualian Kredit. PC ni, senang je nak explain. Kalau subjek yang korang dah amek masa diploma, bila masuk degree, korang tak perlu ambil dah. Maknanya korang tak payah belajar dah subjek tu. Contoh, masa program diploma, korang dah ambil General Chemistry. Nanti Masa FT degree, korang tak perlu dah susah-susah belajar balik subjek general chemistry ni. Macam tu la pengecualian kredit (PC.)

Tapi ingat! subjek degree masa semester 1 korang WAJIB ambil (bagi subjek yang takde Pengecualian Credit dan tiada dalam senarai subjek diploma.) Contohnya subjek Bahasa Mandarin. Subjek ni subjek wajib untuk degree. Masa Diploma memang takde subjek bahasa kan? So, korang kena ambil masa degree nanti. Ini adalah keperluan (requirement).


Pendapat aku tentang Program Penerapan (FT)

Dari Sudut Positif
  • Cepat sikit habis belajar. 
  • Jimat dari segi masa serta kewangan.
  • Nampak stailo. Dulu diploma je. Sekarang tiba-tiba da degree. EH ajaib giler mamat ni.
  • Dapat member-member baru, Usha aweks baru.. Pensyarah baru... Semua baru laa...


Dari Sudut Negatif
  • Kalau korang FT, diploma korang BURN macam tu je la. Maknanya, korang tak akan terima sijil Diploma. Hanya sijil degree ja masa korang graduate.
  • Korang dah tak boleh berpatah balik dah ke Diploma asal. Tak boleh da reverse. Ingat FT tu time machine ke? 
  • Program FT ni menuju ke satu arah je. Contoh, korang ni kos akaun, korang ditawarkan FT dan bersetuju dengan syarat-syarat FT, korang mestilah ambil program Degree yang ada kena mengena dengan AKAUN jugak. Tak boleh ke program degree yang lain, contoh program Farmasi. Maknanya, Korang tak boleh pindah ke program degree yang lain yang takde kena mengena dengan langsung dengan apa yang korang belajar masa diploma. Khas Untuk pelajar Uitm. 
  • Korang akan hadapi tekanan mental. Suasana belajar degree dengan diploma lain taw. Guwe taknak belajar  tension-tension. 
  • Penyesuaian diri terhadap Iklim degree. Yang ni susah sikit. Korang akan bersaing dengan lepasan dari matrikulasi/Asasi dan lepasan diploma. Maknanya, korang belajar dengan orang yang lagi tua dari umur korang. *koff koff batukk


Bantahan

Dalam page Dato ni, ramai yang mengutarakan pendapat, sokongan serta bantahan bahawa program Penerapan atau Fast Trek sepatutnya TIDAK dihapuskan. Mereka bangkang. Tak ramai juga yang bersetuju untuk menghapuskan program nih.. Tengok apa ulasan diorang:

PENDAPAT#1



PENDAPAT #2 (ni backup pendapat aku dari sudut negatif ni haha)



PENDAPAT #3 (Perbezaan Suasana Belajar)



PENDAPAT #4


PENDAPAT #5 (Yang ni Menarik!)


Apa-apa pun komen kat atas, Aku lagi suka komen brader ni. SO MUCH WIN!


Konklusi

Apa-apa pun, aku rasa program FT ni tak patut dihapuskan. Walaupun aku tak JOIN program Penerapan Uitm ni, tapi aku rasa orang lain memang nakkan program ni demi niat serta cita-cita mereka. Ia adalah bergantung kepada individu untuk memilih sama ada perlu atau tak program FT nih. Masa depan mereka adalah Hak mereka, rezeki pula memang masing-masing.. Setiap orang mesti ada alasan atau Reason sendiri kenapa mereka memilih untuk mengambil program FT.


P/s: Apa-apa pun, ni adalah pendapat aku tentang fast trek. Yang print screen tu aku cedok dari page Dato VC. :)

FT= Fast Trek


Bahasa Hacker Bahasa Ibunda Millenium

No Comments »


# The Languages Butthurt RETURN


Post ni bersangkut paut dengan post Bahasa W Bahasa Ibunda Millenium. (klik). Kali ni guwe butthurt skit dengan bahasa yang orang boleh kate belajar coding tak habis. Bahasa Hacker.

Bentuk lenggok bahasa lebih kurang macam ni:

" $4y4 $u>|@ $@m@ @w@k... witt witt  "b(^.^)d" "

Translate:
" Saya Suka sama Awak...witt witt "b(^.^)d" "

Dafuq Is this LANGUAGES?
Spesis Yang guna bahasa lenggok ni bole jumpa kat pesbuk budak-budak hotstaff yang tengah hangat bercinta monyet. Gua kebiasaan tak amik peduli se-sen pun dan kadang-kadang kalo dah tahap butturt guwe unsubscribe feed diorang je. Kang kalo aku unfriend tak baik pulak...PUIHH...


Ignore that boobs =.=

Wayang Mengarut Zaman Sekarang

2 Comments »


# Blogging FTW

Dah lama tak menekan butang keyboard yang disayangi bagai menatang minyak yang penuh. Kenduri Kendara sahabat handai bagai amatlah banyak masa nak dekat-dekat cuti sekolah ni. Mujurlah guwe tak sekolah, dan guwe sudah habis semester. Tunggu sahaja prektikal tiba.

Perihal blog guwe dalam ni, guwe nak ngomen sikit pasal trend wayang zaman sekarang, terutama, movies/wayang dari panggung Malaysia, dan bukan panggung sabut yang hangpa dok tengok Shah Rukh Khan terkinja-kinja macam kena belacan campuq mee wantan.

Perasan tak, genre movies atau bahasa ibunda, wayang, telah mempunyai satu trend. Kebanyakan produser atau penerbit atau sewaktu dengan mereka, hanya mempunyai minda semangkuk yang dikongsi. Kenape? Why? Nani kore deska? wateheck?

Sebagai contoh, trend filem sekarang. Mat rempit bagai. Ok. Itu Basic. Idea tapak asal dia, mat rempit. Modal dah ada. Cuma kasi pusing. Contoh Mat Rempit + Lawak. Ok itu da kira upgrade. OK fine! Lawak adalah perkara biasa yang perlu ada dalam wayang tipikal melayu. FINE! Here come the BIG idea, Mat Rempit + Lawak + Hantu. Well, itu radikal. Sangat...

Mat Rempit + Lawak + Hantu

Okey. trend ni dah mula masa awal tahun 2011. Hantu Bonceng. Ini je la yang ak up to date. Lepas tu sumpah tak layan wayang Meleis.

Okey. Pelakon yang MESTI pilih untuk genre filem ni. Zizan Raja Lawak. Bukan Zizan Nin tuh.. Tu watpe, letak tepi le... Owh ye, tak lekang dek sambal belacan pulak, si Shaheizy Sam! Adik Ipar Abang Datuk Bung Moktar... Aummmm..

First Impression, agak shit-brick ngan broken hearted pulak. Di tambah dengan unsur Khurfat lagi haru. Guwe memang orang beriman dengan perkara ghaib, tapi dari segi kaca mata retak seorang prosedur/ pengarah filem, adalah seperti NONSENSE. Filem camni boleh buat kepale hotak budak-budak kecik kena branwash. kang, ade yang takut nak gi berak.



Latest, lagi guwe shit-brick. HANTU K4C4I a.k.a Hantu Kapcai. Shit. Lagi ngarut tahap parut kelapa pakai sudu. Filem ni Out Of The Box. Guwe rase, bukan Out of the box dah, Out Of the Icebox dah ni. Masakan orang yang dah mati, boleh menggangu orang, pastu ngade-ngade pi mintak tolong imam. Bukankah ada HIJAB antara dunia mereka dan dunia kita? Bukankah pengetahuan kita, terhadap alam ghaib amatlah sedikit? 

 Persoalan agama seperti dipermainkan kat filem ni. Perlu ke buat cerita macam ni? Rasa tak perlukan? Balik pada tajuk asal. Modal tapak Mat rempit. Modal upgrade, Mat Rempit + Lawak + Hantu. YES! That is what we called Minda semangkuk.

#Kita Orang Islam Buatlah perangai macam orang Islam :)






#Project Template V2: Kesinambungan

No Comments »

#The Kesinambungan Is Return

Okey. Lepas berapa jam gua godek coding CSS, gua da sikit-sikit mahir. Guwe gune Edit HTML ngan Template Designer. Lagi effisien. Sial susah coding ni.(bajet reti haha)




Hasil template adalah seperti yang korang lihat. Nama template ni style gile. Mysterius Jubbouq V2. Hebatkan nama beliau? Bole aplod kat Btemplet ni haha... kaki nipu. Template ni memang di-design oleh member guwe yang pandai amik hati guwe, sebagai Kastemer. Tema blog ni sesuai la dengan blog santai ni untuk penuhkan masa lapang haram guwe. 

Bak kate Didier Drogba, Hitam itu Menawan?
Suka


zzzz 

#Project Template V1

No Comments »

Hmm... Dalam minggu ni, aku kerap tukar template. 2 Hari, guwe sudah bisa membikin 2 template. Template pertama digelar Mysterius, namun aku tidak begitu menyukai atas faktor-faktor coding. Template ke-2 iaitu yang dipakai sekarang, guwe gelarkan template Carca-Marba. Coding CSS diambil dari pelbagai sumber.

Aku sedar aku bukan budak celik komputer, mahupun si skema hafalan koding. Namun aku tetap dengan pendirian ku. #KASI TUKAR!

template malay, bikin sendiri template
Template pertama guwe yg chantek!

Hari ni, guwe nak buat satu template baru. Tema hitam, tak misterius, tapi sedap mata memandang ketika membaca diwaktu gelap. 

Jika ada sesiapa yang mahu template Carca-Marba ciptaan saya, sila-lah ambil! Comment ja di kotak komen dibawah!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...