Showing posts with label Membebel Pagi. Show all posts

Drama Swasta Melayu Dan Sakit Jantung

2 Comments »


CRACK! hari ni da langgar pantang-larang. Tonton drama swasta. Kat channel Astro siaran numbur berapa ntah. Mak aku bukak. Aku sebenarnya nak tengok citer lakonan Steven Seagull. Lagi best. Tapi takpe. Aku mengalah. Aku tau setakat citer kat astro tu die bole ulang 16,000 kali.

Guwe Pasrah...

Nak dijadikan citer, guwe pun terpandanglah satu babak, di mana seorang datuk ni, tiba-tiba sakit jantung. Dengar syarikat miliknya jatuh bankerap disebabkan anasir buasir dalaman. Gua terkemam.


"Syarikat datuk mengalami kerugian yang amat besar. Kalau tak dibendung dengan cepat, syarikat ni pasti gulung tikar!"- jelas pelakun tambahan, merangkap orang kanan Syarikat minuman tenaga, dalam filem tuh.

DABURSHHH~


"Ya ALLAH! jantungku.."- jerit si bapa..


maka ramailah yang terkedek-kedek pergi menolong si tua sakit jantung. Kepanikan. Kucar-kacir, haru-biru dapat dipertontonkan dalam filem swasta ni. Aku respek betul, berlakon camni, walaupun muncul dalam masa tak sampai 20 minit, boleh dapat fulus dengan banyak plak tuh...


*******

Modal entry ni. SAKIT JANTUNG. Kebanyakan tipikal, drama swasta Meleis, yang ada masa ni, mesti ade sakit jantung. Dan kalau sakit jantung tu, mesti seorang bapak. Dan seorang bapak tu, mesti ada gelaran Datuk. Anak-anak diorang mesti 2 orang Maksimum. Minimum sorang. Tak boleh buat banyak-banyak. Nanti bini penat. Anak datuk, mesti jahat, tamak, keje nak songlap duit mak bapak je. Suka Enjoy. Majoriti camtu.

Kekayaan seorang Datuk dalam drama Swasta. Datuk bukan calang-calang datuk... Mempunyai banglo 3.5 tingkat serta BMW siri 5 pasti dalam genggaman. Apa barang kereta keluaran tempatan.. Setakat wat dalam filem si David Teo tu bole la... Yang tak boleh blah, kalau nak rugi tu kasi berbilion ringgit. Dafuq? Niaga hape? Ofkos la construction. Ataupun perkapalan. Scene-scene camni guwe da biasa tengok. Da bole predict.

Balik pada cerita sakit jantung. Penyakit Pembunuh rakyat jelata di Malaysia bukanlah chikenpox, ataupun mati puchuk maupun deman kepialu. Tapi sakit jantung! Tahukah kamu, penyakit jantung, merupakan penyakit yang biasa dalam kalangan rakyat Meleisia?


# Abang Vader? Gimana Penyakit jantung ni boleh terjadi?


Melalui pemakanan yang tak seimbang. Korang menterdarah makanan yang dari jenis goreng-gorengan seperti ayam, burger, french fries. Makanan ni banyak lemak. Lemak ni la yang buat jantung korang tersumbat dan rosak. Benda-benda ni yang melemahkan syahwat jantung untuk mengepam dengan lebih syahdu. Tu semua Fundamental of sakit jantung. Dafuq? tak tau? Nurse x pernah datang ke sekolah dulu ke mase kecik kasi berus gigi?

So, aku ada jugak dapat mesej yang tesembunyi dari semua drama swasta. Tak semuanye tak elok. Ada sesetengah part boleh dijadikan pengajaran. Contoh Neelopak. Dia ajar budak-budak agar senantiasa berpakaian seksis tak kira masa. Sama ada beliau tutup aurat, tapi baju macam sarung nangka. Nampak lurah bagai. Ok tu bukan pengajaran. Tu tambah dosa.

# Here comes the pengajaran


Pengajaran, korang kenalah jaga pemakanan yang sihat. Makan makanan yang seimbang. Ikut piramid makanan. Ambil banyak sayur serta buahan. Kurangkan makanan berlemak. Tengok hieraki piramid. Lemak paling kat atas. Tu dia pedajal korang mati awal.

Pengajaran yang kedua, jangan jadi orang kaye.

"Bitch please! apsal xble!!?? hang jeles ke vader?"

tengok orang kaye makan ape? dedak ke? diorang makan makanan yang sedap. Tapi diorang kurang senaman. Tu yang asyik sakit jantung je. Ala, setakat korang rewind balik citer sembilu kat tv2 dulu, scene Yusop Haslam jogging dengan bini.tak payah la. tu berlakun je. Realiti diorang malas nak bersenam. Poco-poco ja la harapnye Lama-lama gemuk la kawan tu asyik makan je.

So, konklusi:

Jadi kaya --> Dapat pangkat Datuk --> Kerja, makan,kerja makan,kerja makan --> sakit jantung

U jelly? orang kaye?

Buku Insomnia Dan Kopi

1 Comment »


Cuti semester kosong. Tiada apa-apa nak dibuat. Duduk rumah macam patung. Tidur lewat, bangun dari tidur lagi lewat. Dah macam bangkai bernyawa. Kegemaran aku suka baca buku. Aku bukan berduit. Aku tak mampu beli buku. Buku yang ada hanya buku dari zaman kanak-kanak riang. Sape nak bace Cinderela dengan 7 orang pendek. Chelake.


Bab baca buku. Aku jauh kedepan. Aku suka baca buku yang berkaitan dengan saintifik. Baru-baru ni, aku baca buku " A Brie History Of Time", karya Stephen Hawking, si profesor cacat lempong. Bagi aku, ini bukan natural maupun fantasi. Bahan bacaan aku sendiri kebanyakkan berasal dari barat.

Aku bukan peminat novel cinta, maupun novel cinta saintifik thriller. Jadah baca novel cinta? Persetankan semua tu. Aku tak suka ayat bunga yang difantasikan oleh pengarang novel itu sendiri. Jalan cerita novel bukan natural. Namun, ia didambakan oleh segelimpangan gadis-gadis sunti maupun si teruna jiwang. Mereka suka berfantasi. Realiti bercinta bukan macam tuh... Ada pahit maung, ada perit, macam bau ketiak roomate korang. Kalian yang membaca novel cinta hanyalah disogok oleh fantasi yang menyebabkan penyakit GHAIRAH berlegar di hati dan fikiran kamu. Keluarlah dari kepompong fantasi, hidup secara realiti!

"A Brief History Of Time"- Stephen Hawking. Aku baru start baca buku ni, lepas ak selak blog Pseudosains, aku amat tertarik dengan fakta serta realiti yang ada. Aku hanya baca sinopsis dari blog pseudosains. Menarik! Penulis blog tu berfikiran sama sepertiku. Minda Saintifik. Kalau nak baca buku ni, P mai la beli kat bookstore Popular atau MPH. Aku? hehe... download

Entry kali ni, bukan nak buat sinopsis buku tu, jadah aku nak buat sinopsis? Setiap orang ada interpretasi sendiri. Baca buku ni buat aku excited. Tambahan pula, buku ni bole isi masa lapang haram aku. Bertemankan kopi, aku sibuk menyelak fail PDF yang mengadungi buku tersebut. Dah 2 hari aku macam ni. Insomnia! Well, aku tak kisah. Asalkan dapat mengisi kepale hotak aku dari teruk dimamah cuti semester. Tidur? Lupakan Farkta tu. haha....

Oh...Sememangnya aku nak tidur. tapi.....

lupakan.....

je la...

Bahasa W Bahasa Ibunda Millenium

No Comments »

Mungkin sesetengah orang/blogger tak sukakan tema ni. Takpe. Tema ni jenis boleh diubahsuai pakai template designer. Guwe tak kisah. Guwe lagi berkenan...



Ahad. Hari melepak untuk dewa malas. Kalau ikut zaman Yunani, diorang rajin sembah dewa malas, untuk dapat zuriat. Ok tu kencing. Serius, aku bangun pagi ngadap pesbuk. Pastu tutup. Jadahnya takde keje pagi-pagi. tambah lagi, waktu cuti semester. Oh, aku rindu duduk kat universiti. Walaupun hari ahad bosan, tapi ada member boleh bawak lepak. Main counter-strike, Dota,bergurau senda, ngutok-mengutok... tu la kehidupan budak universiti.

Entry hari ahad ni, guwe nak buat santai sikit. Sebelum ada blog dramriser20, guwe suka baca blog orang lain. Guwe suka update baca blog yang bukak minda, pengalaman, dan santai lawak+serius period. Guwe tak suke baca blog yang guna pemakaian huruf 'w' sebagai imbuhan terakhir. contoh 

"ittew sekarunkw mknw mlmw brcamew habieww!!"- macam nak seru seitonn yang direjam!

Trend budak-budak zaman sekarang ni macam ni ke ayat bahasa?  Seriusly, guwe sentap bace blog/status pesbuk macam tuh. susah nokharom nak translate. Baik aku belajar bhasa siam der lagi elok. Indah sikit.

Penggunaan lenggok bahasa harem ni biasa digunakan antara kapel yang hangat bercinta macam monyet kena belacan reloaded. 

Okey. nak bercinta tu boleh, tapi kalau nak balas status pesbuk atau buat blog tu bagi la orang lain faham sikit. Pesbuker & blogger, tak semua orang dari zaman besi. Ade dari zaman gangsa. Lagi bengang tahap bawang goreng megie, bile nak balas status pesbuk orang. watehell men, cuba la pakai bahasa betul skit. Biar shortform, orang faham dan boleh tangkap makna serta intisari. Jangan selamba badak, buat letak tambah huruf 'W' kat belakang bagi nyusahkan orang baca. Sema orang boleh Butthurt!

ittew buwsan la cmniew...ittew nk end dluw leww gituww

macam




#Okey da ada Idea untuk next artikel!

Amerika Dan Perempuan HeHeHe

Read more » | 2 Comments »

Amerika Dan perempuan. Perempuan dan Amerika. Kat Amerika ada perempuan. shit! aku memang tak reti nak menulis intro, sejak dari zaman persekolahan yang kudus lagi. Bab-bab pendahuluan memang aku Epic FAIL. Cikgu aku sendiri cakap, baek kao makan kertas je la...

*JAJAJAJAJAJA


Tajuk aku ntah pape ntah. Terdapat unsur sastera bagai, walaupun guwe tak ambil subjek sastera, guwe tibai je penggunaan suku kata. Korang perasan tak, lately, Amerika dilanda taufan ganas. Ok, tu aku tak kisah sangat, aku memang nak tengok negara diorang dimusnahkan dengan kuasa mother nature. YES! you know, mother nature know the best! Setiap kali taufan melanda Amerika, banyak merosakkan harta, rumah, hidupan dan tanaman, hatta membunuh sekali gus orang2 amerika. Kambing lembu bertempiaran berterbangan. And yang tu adalah yang tersurat disebalik kejadian. Kalau yang tersirat?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...