Showing posts with label Thought of Mind. Show all posts

Realiti Maharaja Lawak Mega 2012 Episod 2

No Comments »

Setiap hari Jumaat Malam mesti ada Maharaja Lawak Mega. Bagi yang ade astro, tak kisah la piring putih atau hitam, janji ada sabskraib chanel lawak meleis, mesti tengok dengan famili tersayang. Gua pon tak ketinggalan.

lawak ke woii?
JENG JENG JENG
Pendapat gua tentang Maharaja Lawak musim ni macam kurang menyengat. Kalau ikut teori fizik, momentum nak gelak takde disebabkan daya lawak tak kuat. Kalau nak gelak pun masa persembahan Jozan, Jambu, Boboi dengan Shiro je. Yang lain hampeh aku tak gelak. Nak gelak pun gelak kesian, macam melepaskan kentut kat tangga elevator kat Pavillion tuh. 

Aku tak tau la perasaan orang yang kat dalam stadium. Bagi aku, kalau duduk dalam stadium macam rasa bersalah pulak. Kalau tak gelak, aku kesian pulak kat peserta yang kat atas pentas tu. Penat perah otak cari Idea, tapi sorang pun tak mahu gelak. Kalau nak gelak, aku rasa aku sorang je yang akan gelak tanda 'sokongan' terhadap lawak tak menjadi. Agaknya macam tu la lumrah jadi pelawak. Bukan senang kan?

Momentum nak gelak yang paling tinggi untuk aku gelak mengilai bersama keluarga bila Jozan buat persembahan. Memang kelakar dan lakonan yang diorang buat macam secara spontan! Mungkin dah biasa kot buat lawak, show berpuluh-puluh, tawaran berlakon dan bagai lagi membuatkan pengalaman diorang berguna untuk buat lawak atas pentas.

Pendapat aku untuk Maharaja Lawak ni, sepatutnya pelawak Muda digabungkan dengan Pelawak Senior la. Contoh macam PMai dan DaDiDu. Apa yang aku lihat, idea diorang semua macam ketinggalan zaman, takde pendekatan langsung. Mungkin orang lama atau Old Timer boleh la gelak lawak diorang, tapi orang Muda macam aku ni, takkan nak ternganga je dengar lawak diorang tu. Baik aku masuk Raja Ternganga kalau macam ni. Pihak pengurusan Maharaja Lawak Mega ni patut menggabungkan yang Baru dan Yang lama. Yang Baru boleh bagi Idea tentang lawak masa Kini, manakala yang lama boleh tolong back-up atau sekurang-kurangnya buat improvisasi tentang lawak yang dibuat oleh orang baru. Baru idea berjalan. Aku kesian gila kat pelawak old timer ni. Takda sape nak gelak. Kalau ada pun, Punchline diorang kena waktu. Mungkin kedengaran sokongan jeritan. Jeritan kesian kot?

Pelawak baru macam Kumpulan Balas tak kurang hebatnya. Tapi lawak diorang berbau lucah jugak la. Tak sesuai woi.. Lawak untuk semua lapisan kuih masyarakat. Tak semua yang perlu didengari oleh lapisan bawah.

Maharaja Lawak Mega ni seperti DIDOMINASI oleh pelawak terkenal je, seperti JOZAN, JAMBU, BOBOI dan SHIRO. Yang lain tu? hmm....

Aku boleh rasakan yang Jozan akan jadi juara Maharaja Lawak Mega kali ni, tu pun kalau diorang tak berpecah macam kumpulan Sepah. hehe

Perlukah Program Penerapan Uitm Dihapuskan?

7 Comments »

Salam Readers,

Terlihat hari ni, status pesbuk Dato' Sri PROF. IR. DR. Sahol Hamid Abu Bakar Vice Chancellor Uitm. Status ni da lame, cume aku je yang tak perasan..

Beliau menyatakan bahawa program penerapan atau Fast-Trek tidak akan diteruskan lagi kerana permintaan untuk program penerapan telah menurun serta anjakan kalendar akademik yang menyebabkan kalendar diploma tidak selari dengan degree lagi dan tidak menguntungkan pelajar lagi dari segi masa. Dan ini telah diluluskan oleh ahli senat Uitm sendiri. Ini adalah kuasa Mutlak Ahli-ahli Senat Uitm.

Ada tambahan mengenai penutupan program Penerapan/FT. Ini adalah Penjelasan Oleh  Prof Azni TNC Akademik, aku grab dari Page Dato Sahol:

Salam semua. saya ingin menjawab bagi pihak Senat UiTM. Pada mulanya program penerapan telah diwujudkan supaya lebih ramai lagi graduan berkelayakan ijazah untuk memasuki pasaran dengan masa yang lebih pendek. Mereka dari diploma semester 3 diserap ke degree semester 2 atau 3. Kemudian mereka tidak dapat meneruskan program dengan baik
kerana asas mereka belum lagi kukuh. Kemudian pihak fakulti tidak benarkan lagi penerapan berlaku di semester 2 atau 3 dan pelajar ini perlu memasuki degree semester 1. Kebelakangan ini didapati prestasi pelajar merosot dan ada juga yang kena "dismissed". Ditambah pula anjakan semester yang mengakibatkan kemasukan diploma dan degree pada bulan yang berbeza. Pihak HEA telah mebuat kajian dan didapati bahawa cuti yang panjang sebelum masuk ke degree menyebabkan kemerosotan prestasi pelajar.Apabila mereka bergraduat kelak perbezaan antara pelajar normal dan pelajar penerapan jarak masa bergraduat tidak jauh beza. Oleh itu pihak Senat telah membuat keputusan untuk tidak menawarkan lagi program penerapan. Untungnya pelajar program biasa adalah: mereka akan menerima dua sijil; diploma dan degree dan juga boleh memilih program lain atau bekerja dahulu selepas diploma. Mereka yang bertungkus lumus untuk mendapat CGPA yang tinggi pun tidak akan rugi kerana mereka mempunyai lebih peluang untuk diberi tempat dan mendapat program degree yang diminati. Makluman tidak diberi lebih awal adalah kerana masaalah teknikal. Bagi pelajar yang telah membeli nombor pin, sebarang bayaran akan dipulangkan kepada mereka.

Apa Itu Program Penerapan (Fast Trek,FT)

Program Penerapan atau Fast Trek (FT) ni pada asalnya bertujuan untuk mempercepatkan masa pembelajaran korang dari peringkat diploma ke peringkat degree. Program ni hanya untuk Pelajar sepenuh masa Diploma Uitm. Maknanya, setelah 3 semester korang study bagai halilintar kat Uitm, dapat pointer cemerlang, korang akan ditawarkan melalui emel atau SMS atau korang boleh mohon sendiri dengan sukarela jika pendaftaran dibuka. Sebelum tu, korang kena beli No PIN kat BSN, Rm 10. Macam biasa laa...

Bukan SEMUA program diploma ada FT okey! Ingat tu

Print-screen dari Page Dato VC tentang Program FT



#Pendapat Kecil Member aku

Menurut member aku, Fast trek ni bagus katanya. Boleh cepat graduate. Boleh dah masuk dunia pekerjaan. Jimat duit dari segi kewangan. Dia malas nak belajar lama-lama. Guwe mengangguk je... 

Member aku cerita lagi pasal FT ni. Sebelum start kuliah, sape sape yang ambil program FT ni, akan diberi taklimat khusus tentang Pengecualian Kredit. PC ni, senang je nak explain. Kalau subjek yang korang dah amek masa diploma, bila masuk degree, korang tak perlu ambil dah. Maknanya korang tak payah belajar dah subjek tu. Contoh, masa program diploma, korang dah ambil General Chemistry. Nanti Masa FT degree, korang tak perlu dah susah-susah belajar balik subjek general chemistry ni. Macam tu la pengecualian kredit (PC.)

Tapi ingat! subjek degree masa semester 1 korang WAJIB ambil (bagi subjek yang takde Pengecualian Credit dan tiada dalam senarai subjek diploma.) Contohnya subjek Bahasa Mandarin. Subjek ni subjek wajib untuk degree. Masa Diploma memang takde subjek bahasa kan? So, korang kena ambil masa degree nanti. Ini adalah keperluan (requirement).


Pendapat aku tentang Program Penerapan (FT)

Dari Sudut Positif
  • Cepat sikit habis belajar. 
  • Jimat dari segi masa serta kewangan.
  • Nampak stailo. Dulu diploma je. Sekarang tiba-tiba da degree. EH ajaib giler mamat ni.
  • Dapat member-member baru, Usha aweks baru.. Pensyarah baru... Semua baru laa...


Dari Sudut Negatif
  • Kalau korang FT, diploma korang BURN macam tu je la. Maknanya, korang tak akan terima sijil Diploma. Hanya sijil degree ja masa korang graduate.
  • Korang dah tak boleh berpatah balik dah ke Diploma asal. Tak boleh da reverse. Ingat FT tu time machine ke? 
  • Program FT ni menuju ke satu arah je. Contoh, korang ni kos akaun, korang ditawarkan FT dan bersetuju dengan syarat-syarat FT, korang mestilah ambil program Degree yang ada kena mengena dengan AKAUN jugak. Tak boleh ke program degree yang lain, contoh program Farmasi. Maknanya, Korang tak boleh pindah ke program degree yang lain yang takde kena mengena dengan langsung dengan apa yang korang belajar masa diploma. Khas Untuk pelajar Uitm. 
  • Korang akan hadapi tekanan mental. Suasana belajar degree dengan diploma lain taw. Guwe taknak belajar  tension-tension. 
  • Penyesuaian diri terhadap Iklim degree. Yang ni susah sikit. Korang akan bersaing dengan lepasan dari matrikulasi/Asasi dan lepasan diploma. Maknanya, korang belajar dengan orang yang lagi tua dari umur korang. *koff koff batukk


Bantahan

Dalam page Dato ni, ramai yang mengutarakan pendapat, sokongan serta bantahan bahawa program Penerapan atau Fast Trek sepatutnya TIDAK dihapuskan. Mereka bangkang. Tak ramai juga yang bersetuju untuk menghapuskan program nih.. Tengok apa ulasan diorang:

PENDAPAT#1



PENDAPAT #2 (ni backup pendapat aku dari sudut negatif ni haha)



PENDAPAT #3 (Perbezaan Suasana Belajar)



PENDAPAT #4


PENDAPAT #5 (Yang ni Menarik!)


Apa-apa pun komen kat atas, Aku lagi suka komen brader ni. SO MUCH WIN!


Konklusi

Apa-apa pun, aku rasa program FT ni tak patut dihapuskan. Walaupun aku tak JOIN program Penerapan Uitm ni, tapi aku rasa orang lain memang nakkan program ni demi niat serta cita-cita mereka. Ia adalah bergantung kepada individu untuk memilih sama ada perlu atau tak program FT nih. Masa depan mereka adalah Hak mereka, rezeki pula memang masing-masing.. Setiap orang mesti ada alasan atau Reason sendiri kenapa mereka memilih untuk mengambil program FT.


P/s: Apa-apa pun, ni adalah pendapat aku tentang fast trek. Yang print screen tu aku cedok dari page Dato VC. :)

FT= Fast Trek


Pengampu Di Universiti? Hati-hati OK!

2 Comments »



Salam Sejahtera. Sihat? Da makan Mekdi free ke? Ngade ngade pi amek Mekdi buat ape? Setakat seketul beger bodo makan waktu pagi wat pe? Pi la beli berger Ramlee woi. Tingkatkan lagi ekonomi orang melayu. HAHA ada gaya mengampu tak aku? Cakap pasal kaki pengampu ni, ni musuh paling ketat yang korang kena jaga. Korang boleh kenal dari gaya diorang. Suka cakap manis depan pensyarah dan rakan sejawat. Tapi realiti macam hempedu. Guwe ada jugak member-member dari kalangan kaki ngampu ni. Ternyata guwe amat benci gile dengan kewujudan diorang.

Kaki mengampu ni banyak jenis. Macam-macam jenis. Ada yang suka ngampu member yang kaya, ada yang suka ngampu member yang genius dari segi akademik, ada yang suka ngampu member yang hot supaya dapat la sikit tempias HOT budak tuh. Dan ada yang suka ngampu pensyarah je keje diorang. Yang paling kena lauk, pensyarah muda yang berpangkat MISS dan ENCIK. Kat Universiti ni macam-macam ada.

Pengampu Normal

Ni biasa la. Guwe pon ada buat kalau terdesak sangat. Korang pun buat la.. Yang ni dikategorikan sebagai Normal. Takde la bahaya. Biasa dilakukan bila dah terdesak nak dapatkan sesuatu. Contoh, guwe nak pinjam paper exam test 1 dari sorang awek ni, nak buat correction. rajin gile guwe kan? Mohon dicontohi oleh segenap lapisan masyarakat... Si awek ni bleh dikatakan Pandai dan berkebolehan. Setiap kali test ja, markah dia paling rendah. Ntah ape syntax error ntah mase tuh, markah test dia paling tinggi. Situasinya camni, Okey.. Guwe akan mintak paper beliau, nak cek jawapan. Kalo beliau bagi, guwe kasi ampu sikit. nah tips mengampu!

*Berpura-pura check kertas seraya berkata

" Cantik la tulisan awak ni, secantik markah paper test. Tapi tak boleh lawan kecantikan tuan paper ni.. heee.."

*Kalau beliau bagi respon, sama ada baik atau tak, teruskan dengan ayat ni:

"err boleh pinjam? nak buat correction la kat paper I."

-Contoh kat atas ni macam pengampu kan? (geli sial) 

Kalau korang pernah lakukan benda ni, korang tergolong dalam kategori ni. Pengampu Normal. Maknanya korang tak Wicked Sick..

Pengampu Tempias a.k.a Pengampu HOT-STAP



Yang ni guwe tak suka. Kat universiti ni macam-macam orang. Cakap je. Budak Pavi, budak Bumbung Aeon Jusco, Nazi tahik Kucim, even budak Pasaraya Kim Tek pun ada kat Universiti ni. Biasa diorang ni Hot- Stuff. Bajet hot digilai oleh perempuan gedik. Cara Pemakaian diorang kat universiti macam Justin Bieber, Seluar tak main la straight-cut. Semua fit. Baju Fit. Kasut jenama Vann. Apa? Bata? pergi jahanam dengan jenama tuh.. Topi SWAG wajib pakai. Dan baju OSAKA 6 kaler merah. Jadah ape trend ni?

Pengampu Tempias ni, memang suka ngampu budak jenis hot stuff. Moga-moga dapatla tempias hot stuff tuh.. Dapat la sikit Subscriber Pesbuk, pengikut burung twitter marhaen. Barulah feymes. Guwe tak suke sangat dowh dengan jenis manusia tebiat camni...Rimas giler tengok diorang asyik berkepit dengan hot stuff 24jam. Dah macam sidekick pulak guwe tengok. Nak jadi terkenal macam magee 2 minit bukan camtu k! Pi la daftar diri jadi wakil pelajar. 


Pengampu Emas a.k.a Pisau Cukuq

Yang ni kaki Kikis duit PTPTN/Biasiswa korang. Pantang ada benda sikit, mesti nak ngampu suruh korang beli. Kalau tak dilayan, buat cerita yang korang ni kedekut. Dari luar nampak friendly. Tapi bila kenal da lama, baru korang tau SAKA pisau cukuq diorang. RAWR!

Orang camni akan cukuq duit korang bermula dari benda yang remeh temeh seperti kertas A4, pen, pemadam, kicap tamin... Lepas tu, bila da naik lemak, macam-macam la die mintak. So, Hutang si pengampu dgn korang makin meningkat.. untuk tenangkan korang, Diorang mesti cakap

"Wei nanti aku keluaq duit dari mesen ATM aku bayaq la.. k jangan risau"- Pisau Cukur

HARAM TAK BAYAQ. Korang kena mintak duit tu. Kalau korang lupa, diorang pun buat-buat lupa. End of the Semester, ada drama sadis. Mintak mahap. Mintak Ampun. Halalkan segala makan minum hutang sedia ada. Korang pon otomatis cakap " Ye la Mat.. aku halalkan semua".. bankerapp...


Pengampu Diplomat

Yang ni macam chelaka. Contoh korang gaduh dengan si A. Okey Si B ni la jadi orang tengah. Dalam masa sama, dia ngampu korang, cakap benda buruk pasal Si A. Pastu pergi ke Si A, cakap benda buruk pasal korang. Lepas tu Paling sakit, buat korang laga paler same sendiri. Woi, ni nak jadi orang tengah ke nak jadi refree WWE? korang gaduh, si kaki ampu ni la dapat advantages! Nampak tak? Macam yahudi cara dia ngampu.


Pengampu Intelek

Ni otak macam bontot karat. Malas pikir. Kerja dia pinjam assignment dan tutorial korang, pastu copy paste. Manusia macam ni memang banyak kat universiti. In university, no PLAGIARISM is allowed okey! Diorang akan ampu korang dengan belanja jajan 50sen atau aiskerim Rm 1. Jadila... Kalau korang tak kasi pinjam, diorang ungkit. Oh, korang terperangkap dalam jaring pengampu.. jack-ass


Pengampu Carry Mark 

Yang ni, aku tak tau la positif atau negatif pasal makhluk ni. Kalau dilihat dari sudut positif, makhluk ni memang membantu korang, kalau markah keri (carry mark) korang tak seberapa gemilang, korang pi jumpa pensyarah dengan syarat bawak kai ngampu ni. Mana tau nasib dapat la naik sikit keri mark. Jadilah naik walaupun 1 markah.

Dari sudut negatif, guwe rasa dia akan mintak markah keri dia lebih tinggi dari markah keri korang. dabel advantages bagi si pengampuuuuu~

******

Kesimpulan, bagi adik-adik yang ada kat luar yang bakal bergelar MAHASISWA, berhati hati la kat dalam U nanti. Ni baru sikit yang guwe jumpa, Ada BANYAK lagi jenis pengampu yang HARDCORE. Tapi guwe tak jumpa lagi. Mohon dijauhi dari segala malapetaka nih..

p/s: sewaktu post ni ditulis, Negara Palestin diserang oleh tentera laknat Israel. Maka, sesiapa yang membaca blog ini, diminta sedekah al-fatihah kepada para syuhada yang gugur di medan perang. Marilah kita berdoa ramai-ramai mohon diberi kemenangan di dunia dan akhirat juga...

*Jangan ngade-ngade nak pi amek beger mekdi. Biarla Mekdi kasi coli freee pon jangan ambil woii...





Buku Free Di Universiti? Sape Nak??

5 Comments »


Hei. Salam Sejahtera. Sihat tak korang? untuk yang nak/baru ambil paper SPM/STPM, amacam jawab soalan paper SPM/STPM? Senang kan? abah kau senang. Guwe dulu masa SPM paling benci Add-math. Guwe paling menci pasai subjek ni macam CLASH dengan Math Modern. Ada je tak kena. Bila belajar Math Modern, boleh dikatakan kacang jugak la jawab. Guwe sering dapat A. Tiba plak tang addmath, guwe bingung serta kebimbangan seperti kena period, nak guna persamaan (equation) ape dowh? gua buntu gile dengan addmath. Akhirnya, SPM guwe, Addmath guwe dapat C+, Math Modern guwe dapat A. Haru giler...

Tapi bila masuk Universiti, addmath yang dulu guwe rasa susah, boleh ja guwe bawak. OH ya lupa nak bagitau, kat universiti, kitorang tak panggil addmath dah, kitorang panggil CALCULUS. Bukan anak BULUS okey? Addmath tuh untuk bebudak sekolah je. CALCULUS ni memang matematik. Apa yang korang belajar kat add-math diterapkan kembali kat sini. Cuma jalan kerja berbeza dan tahap kesusahan yang melampau. Tapi yang pelik guwe boleh bawak. I dunno why  =.=

***

Cukup pasal intro ngarut. Aku nak citer pasal buku rujukan kat universiti ni. Buku yang ada dijual kat kedai maupun toko buku di universiti ni memang susah sikit nak dapat, mahal cekik darah, dan limited giler. Sape cepat die dapat. Sape lambat hang pi la potostat kat kedai apek. hehe.. Kalau korang nak tau, buku yang ada kat pasaran, korang kena berebut dengan budak ijazah dan diploma. Kalau korang bijak emas, beli la kat senior korang. Tapi masa tu buku tu da lunyai. But, who the hell care about lunyai.... 

buku buruk, buku free, nak buku free universiti


Buku Universiti memang tebal. Tapi Tebal die memang berguna dan berbaloi. Boleh guna jadi bantal untuk tido, bagi pinjam kat awek kelas, hempuk muka member yang suke copy paste assignment dan lain-lain. Kadang-kadang, buku tu boleh guna sampai la korang master atau PHD. Tak tipu doh. Aku tengok pensyarah aku guna buku yang dah lunyai macam kena gigit ngan anjing chihuahua. Bila aku tanya buku ni dari zaman belajar ke? "YUP! and I still use it"- kata beliau (pensyarah) dengan bangga dalam loghat English.

Masa guwe semester 1, guwe dulu NOOB. Butang baju semua guwe sarung. Tak tau lagi dunia universiti. guwe akan beli buku yang direkomen oleh pensyarah. Walaupun buku tu guna hanya 1 semester, guwe bantai beli. Guwe rase jenayah tu berat giler. Rasa rugi pulak. Korang kalau nak beli buku, pi la beli buku yang orang kata boleh guna sampai korang kerja atau PHD. Tu baru namanya buku rujukan. Nasihat guwe, tak payah beli buku belambak-lambak. Korang kan sekarang ade internet. Guna internet. Kalau takde internet, pergi library. Mesti ada kan? Tak pun cyber cafe pun okey..

# No Book As References? Matilah aku....!

Tu kuat kencing. Meh sini guwe ajar korang camne nak dapat buku FREE, tanpa bayar sesen pun. Korang cuma bayar line tenet je (broadband). Pinjam kat library tu satu alternatif. Tapi, sape la yang nak berjalan kaki nak gi library. Guwe tau korang semua berat buntuuuut nak jalan pergi library. Guwe pun sama...

Masa zaman guwe on the semester dulu, guwe pakai internet je. Google books kan ada. Sering guwe merujuk kat google book. Yang lagi best, kalau guwe macam tak puas ati dengan google books, guwe terus download je buku tuh. Search je kat google.com, ataupun mediafire ataupun 4shared. Senang gilerr kerja. Fail yang didownload pun dalam bentuk PDF. Sekarang ni, banyak sangat blog-blog atau laman sesawang yang bagi link nak donlod buku free. Kadang-kadang lecturer notes pon boleh dapat. Buku dari penerbit yang femes seperti Wiley, Oxford dan lain-lain memang senang nak cari. Web yang selalu jadi target aku download buku. Link semua korang klik je. akan dibuka tab baru.

Buku Rujukan + Novel English + Ebook
Kat sini tempat download buku. Tapi bukan semua free okey. Ada yang perlukan syarat.


Buku Rujukan Engineering+ solution Manual + lecturer notes
Solution manual ikut nasib la ada atau tak


Ni download buku santai + novel english. Kalau ada buku rujukan tu pun sikit.

Freebookspot.es  : yang ni kalau nak cari bahan baca ringan-ringan boleh la

Ni kaedah terakhir. File provider Cari kat filecrop senang skit. Tick mana yang berkenaan, sama ada rapidshare, mediafire, hotfile dll. 


Kalau masih lagi tak dapat, try la torrent. lagi senang haha.. Tapi ni untuk pro je. Maknanye, korang kena taw apa itu seeder, apa itu feeder. Kena jugak tengok tarikh bila buku tu diupload kat torent. Lagi satu. Kadang-kadang torrent ni kuat kencing, mana kata torrent ni kuat nipu. Kadang-kadang dapat fail lain..haishh... musykil giler der...

***

Guwe harap post ni boleh bantu adik, abang, akak, acik, tambhi, tanggachi, jiran 40 penjuru, peminat drama sinetron yang kat luar sana untuk cari buku free, buat rujukan korang masa kat universiti. Tapi Ingat! tak semua yang korang nak cari ada kat dalam web nih. Guwe tak gerenti 100% korang akan dapat apa yang korang nak okey! Usaha tangga kejayaan. Ni salah satu usaha korang haha...

Bukan untuk sokong cetak rompak/ download atau upload benda-benda yang illegal, tapi korang kena jgak tau situasi korang. Gi mampos la illegal atau tak. Bayangkan korang boleh jimat lebih kurang RM 100.00 untuk sebuah buku. Kalau ada 5 buah buku korang kena beli masa semester tu, tak ke naye RM 500 terbang? Korang belajar chapter by chapter, bukan sekali gus nak abeskan dalam satu hari, yedak? kalau lecturer korang mengajar pada chapter 2, silalah print chapter 2. Tak payah la gatai tangan print satu buku. Guna akal okey :-)

Penggunaan DuckFace Serta Kepentingannya

3 Comments »

Nota Khepala:
Da lame aku nak keluarkan post ni, namun tertangguh dek kerna tolong jiran tetangga potong bawang. Diorang nak kawen oiiii!!

# Definisi DuckFace


Semua orang taw ape tu duckface. Duckface ditakrifkan sebagai memuncungkan mulut korang yang berbau tu sehingga menunjukkan sifat fizikal seperti mahu mencium dan bentuknya seakan-akan menyerupai seekor itik nila separuh masak.

Trend duckface ni memang popular kat laman-laman sosial macam pesbuk, maispace, friendster and wat so ever. Tahukah korang, duckface ni, annoying, macam gangguan seksual terhadap laki-laki yang teruna?

Menurut kajian tempatan, duckface ni nak menunjukkan korang ni ranggi giler macam iklan meggi. Ape yang perlu anda buat untuk menjadikan duckface itu satu kenyataan, adalah anda sepatutnya mempunyai kamera dah cukup. Tambahan nasi, pakai baju tak cukup kain pun boley. Snap picture, dan.... SIAP!

Duckface biasa dilakukan secara ritual oleh kaum Hawa. Tapi bukan semua k! Kalo laki tu, die pondan atau ala-ala lembut macam azwan ali. Segelintir je buat. Ape chelaka yang melanda trend zaman sekarang ni? Sehari bersama kamera tak sah ke buat muka duckface? Bitch please, korang senyum pun da kira okey la... Senyum tu sedekah. Yang hampa gatai pi buat duckface tu apekehal? Tuhan da bagi mulut suruh senyum elok-elok, hang pi senyum muncung. Tu gangguan seksual taw!

# Kenapa Pentingnya Duckface Terhadap Masyarakat Pesbuk Dewasa ni?

Tambah Kenalan Pesbuk
Buat ape? Korang nak ke ADD perogol bersiri 15, muka pecah rumah, pedobear jadi friend/kawan dalam list korang? giler! 

Tambah Follower Twitter
Ni keje paling senang nak dapat follower Twitter. Paste je link profail twitter kat description foto tuh. Otomatis belambak follower korang

Buat muka duckface boleh dapat banyak like.
Guwe rasa ni bangang tahap makan getah cempedak. Kenapa perlukan banyak like untuk foto korang? Dapat pahala ke wei?

Nak Penuhkan Bahagian Komen foto pesbuk
Ceit. Setakat like berlambak, tapi takde orang komen boleh diibarat seperti tin milo kosong. Buat muka duckface bole buat orang komen sedas dua.

Foto Duckface+ tagline "muka saya burok"
Ni taktik paling bullshit pernah guwe baca. Foto duckface diupload. Kemudian ditambah dengan tagline ayat kat description, "saya x chumel XOXO" atau "Kalau Suka Like! Kalau x suka berambus". Nampak sangat si tuan punya profail desperate + Attention Whore

Menunjukkan Kechomelan si Duckface
Jadah chomelnye? Takde la. Sumpah korang buat muka duckface ni tak comel langsung. Comel lagi itik yang NATURALLY duckface tuh..

Menunjukkan Korang Ikut Trend Hipster SWAG terkini
Ikut trend bebudak yang lepak tempat pusat beli belah buat ape syial? Ape yang diorang buat korang semua ikut. Konon itu adalah trend. Duckface ni bebudak pavi/Jusco/Tesco/Makro/Maidin je selalu buat. Ntah pape ntah. Tahukah korang, trend duckface ni semua asal dari barat, iaitu dari pengaruh budaya Hipsterr...

Hm...aku bukan jenis penghalang kemajuan. Tapi yang ni bukan kemajuan. Yang ni menyakitkan mata memandang! Nak buat muka duckface buat ape? Senyum macam biasa je la. Ayu sikit. Terhegeh-hegeh muncung mulut tak tentu pasal. Korang nak kena kanser mulut ke?

Kita Orang Islam perlu jaga tatasusila. Benda ni trend, serta pengaruh dari barat. Tak elok memandang dowh. Silap haribulan, ade yang datang rumah korang sambil bawak monitor nak baling kat muka korang. Memang la itu, hidup kau, profail kau. YES! ofkos la, tapi balik pada yang atas, orang Islam. Adab kena jaga. Sesetengah duckface melampau sangat, nampak sangat attention whore. Buat orang mengutuk je. Tambah dosa korang dan orang yang mengutuk.

Sebelum korang bengang, mai la tengok gambaq bawah ni sat...

To your eyes, you are look very beautiful. To us, You just like attention whore...  :)














Tips Presentation Yang Takkan Kantoi

Read more » | 2 Comments »


# University Life. Presentation. Presentation Everywhere!


Sebagai student kat salah sebuah institut pengajian awam yang paling banyak berkembang kat Malaysia ni, guwe memang ada banyak pengalaman. Macam-macam pengalaman berlaku. Tapi biasa la, banyak makan garam, banyak darah tinggi pengalaman. Kali ni, guwe nak naip sikit pasal benda feveret pensyarah korang suka buat selain menghabiskan masa lapang dengan menanda kertas ujian korang yang cakar ayam tulisannya.

Presentation. Sape suka presentation? Ikut kajian abam Bojan Todak, 98% orang tak suke presentation. 1% adalah mewakili orang yang takde life, takde soul, dan suke menunjuk dan 1% lagi korang kena kecing pasal percentage ni. Sebenarnya, presentation mempersiapkan korang untuk hari yang mendatang. Zaman sekarang ni, semua pakai English. So presentation kebanyakkan dalam English. Ramai yang kantoi. Personaliti dah ada. Keyakinan 200% ada. Ada yang tampan, cantik, cerdik buah, tahap konfiden yang tinggi tapi tak reti cakap bahasa inggeris. Cakap mesti ada "aaa...uu....eaaaa....uewww...."-Tu la masalah student kat Malaysia. Guwe pun ada gak masalah period ni. Tapi guwe overcome dengan cool dan biasa. Macam berak lepas korang bangun pagi. Nyaman....

Wayang Mengarut Zaman Sekarang

2 Comments »


# Blogging FTW

Dah lama tak menekan butang keyboard yang disayangi bagai menatang minyak yang penuh. Kenduri Kendara sahabat handai bagai amatlah banyak masa nak dekat-dekat cuti sekolah ni. Mujurlah guwe tak sekolah, dan guwe sudah habis semester. Tunggu sahaja prektikal tiba.

Perihal blog guwe dalam ni, guwe nak ngomen sikit pasal trend wayang zaman sekarang, terutama, movies/wayang dari panggung Malaysia, dan bukan panggung sabut yang hangpa dok tengok Shah Rukh Khan terkinja-kinja macam kena belacan campuq mee wantan.

Perasan tak, genre movies atau bahasa ibunda, wayang, telah mempunyai satu trend. Kebanyakan produser atau penerbit atau sewaktu dengan mereka, hanya mempunyai minda semangkuk yang dikongsi. Kenape? Why? Nani kore deska? wateheck?

Sebagai contoh, trend filem sekarang. Mat rempit bagai. Ok. Itu Basic. Idea tapak asal dia, mat rempit. Modal dah ada. Cuma kasi pusing. Contoh Mat Rempit + Lawak. Ok itu da kira upgrade. OK fine! Lawak adalah perkara biasa yang perlu ada dalam wayang tipikal melayu. FINE! Here come the BIG idea, Mat Rempit + Lawak + Hantu. Well, itu radikal. Sangat...

Mat Rempit + Lawak + Hantu

Okey. trend ni dah mula masa awal tahun 2011. Hantu Bonceng. Ini je la yang ak up to date. Lepas tu sumpah tak layan wayang Meleis.

Okey. Pelakon yang MESTI pilih untuk genre filem ni. Zizan Raja Lawak. Bukan Zizan Nin tuh.. Tu watpe, letak tepi le... Owh ye, tak lekang dek sambal belacan pulak, si Shaheizy Sam! Adik Ipar Abang Datuk Bung Moktar... Aummmm..

First Impression, agak shit-brick ngan broken hearted pulak. Di tambah dengan unsur Khurfat lagi haru. Guwe memang orang beriman dengan perkara ghaib, tapi dari segi kaca mata retak seorang prosedur/ pengarah filem, adalah seperti NONSENSE. Filem camni boleh buat kepale hotak budak-budak kecik kena branwash. kang, ade yang takut nak gi berak.



Latest, lagi guwe shit-brick. HANTU K4C4I a.k.a Hantu Kapcai. Shit. Lagi ngarut tahap parut kelapa pakai sudu. Filem ni Out Of The Box. Guwe rase, bukan Out of the box dah, Out Of the Icebox dah ni. Masakan orang yang dah mati, boleh menggangu orang, pastu ngade-ngade pi mintak tolong imam. Bukankah ada HIJAB antara dunia mereka dan dunia kita? Bukankah pengetahuan kita, terhadap alam ghaib amatlah sedikit? 

 Persoalan agama seperti dipermainkan kat filem ni. Perlu ke buat cerita macam ni? Rasa tak perlukan? Balik pada tajuk asal. Modal tapak Mat rempit. Modal upgrade, Mat Rempit + Lawak + Hantu. YES! That is what we called Minda semangkuk.

#Kita Orang Islam Buatlah perangai macam orang Islam :)






Buku Insomnia Dan Kopi

1 Comment »


Cuti semester kosong. Tiada apa-apa nak dibuat. Duduk rumah macam patung. Tidur lewat, bangun dari tidur lagi lewat. Dah macam bangkai bernyawa. Kegemaran aku suka baca buku. Aku bukan berduit. Aku tak mampu beli buku. Buku yang ada hanya buku dari zaman kanak-kanak riang. Sape nak bace Cinderela dengan 7 orang pendek. Chelake.


Bab baca buku. Aku jauh kedepan. Aku suka baca buku yang berkaitan dengan saintifik. Baru-baru ni, aku baca buku " A Brie History Of Time", karya Stephen Hawking, si profesor cacat lempong. Bagi aku, ini bukan natural maupun fantasi. Bahan bacaan aku sendiri kebanyakkan berasal dari barat.

Aku bukan peminat novel cinta, maupun novel cinta saintifik thriller. Jadah baca novel cinta? Persetankan semua tu. Aku tak suka ayat bunga yang difantasikan oleh pengarang novel itu sendiri. Jalan cerita novel bukan natural. Namun, ia didambakan oleh segelimpangan gadis-gadis sunti maupun si teruna jiwang. Mereka suka berfantasi. Realiti bercinta bukan macam tuh... Ada pahit maung, ada perit, macam bau ketiak roomate korang. Kalian yang membaca novel cinta hanyalah disogok oleh fantasi yang menyebabkan penyakit GHAIRAH berlegar di hati dan fikiran kamu. Keluarlah dari kepompong fantasi, hidup secara realiti!

"A Brief History Of Time"- Stephen Hawking. Aku baru start baca buku ni, lepas ak selak blog Pseudosains, aku amat tertarik dengan fakta serta realiti yang ada. Aku hanya baca sinopsis dari blog pseudosains. Menarik! Penulis blog tu berfikiran sama sepertiku. Minda Saintifik. Kalau nak baca buku ni, P mai la beli kat bookstore Popular atau MPH. Aku? hehe... download

Entry kali ni, bukan nak buat sinopsis buku tu, jadah aku nak buat sinopsis? Setiap orang ada interpretasi sendiri. Baca buku ni buat aku excited. Tambahan pula, buku ni bole isi masa lapang haram aku. Bertemankan kopi, aku sibuk menyelak fail PDF yang mengadungi buku tersebut. Dah 2 hari aku macam ni. Insomnia! Well, aku tak kisah. Asalkan dapat mengisi kepale hotak aku dari teruk dimamah cuti semester. Tidur? Lupakan Farkta tu. haha....

Oh...Sememangnya aku nak tidur. tapi.....

lupakan.....

je la...

Poker Dan Kehidupan

Read more » | No Comments »

Hari Sabtu. Hari lepak-king sedunia. Hari yang bosan. Macam-macam boleh digelar. Cerita Hindustan berlangsung pada hari sabtu. tv3 khususnya. fark betul. Guwe tak layan hindustan. Tak menarik la.. Mane sesuai dengan jiwa besi kental guwe. Guwe mane tahan tengok Kerina Kapur, Shila Kapur, Pretty Zetta Jones, Anne Ngasri, Tamil Narasu. (ntah guwe main sebut je name) menari dalam tv. goyang sane goyang sini! 

Oh ya, guwe benci Shah Rukh Khan especially bile die nak mengayat pelakun wanita. yang si pompuan tu pulak tergedik-gedik kat die. ape chelake ntah mamat hindustan ni tabur ayat... guwe pn teringin nak blajaq dari die.

***
Cuti semester ni, aku bosan. Sementara nak tunggu buat prektikal kat sebuah lokasi yang umphh, aku mula belajar sesuatu.

Simple Template yang haru.

Read more » | No Comments »

okeh, guwe sekarang da keliru gile nak pakai template ape. Memang banyak template belambak-lambak jugak yang ade kat pasaran. Tapi guwe buntu. Last-last pakai simple template je senang. Coding pun tak banyak huhu...Masalah sekarang ni, guwe nak ubah font guwe yang chelaka ni. guwe tak suke sangat font courier ni. Macam menaip kat mesin taip pulak. lagi satu, guwe bengang sikit dengan tulisan die pasal halusss sangat. Guwe pong jenuh nak baca weh... Macam tengok bulu ari diantara bulu rambut. Mane nak kenal betul tak?

Kopi Dan Pemikiran Mahasiswa

Read more » | No Comments »


Aku memang suka minum kopi. Kopi merupakan minuman feveret aku. Tak kisah la, kopi 3 in 1 ke, kopi 3x3 ke, asalkan ada perkataan kopi, aku terus masuk dalam list membeli. yang halal k!

Kopi memang syiok jika diminum sorang-sorang ketika membuat assignment. HELL YEAH. takde kopi, assignment aku tak jalan. Kenapa kopi? Kopi ada bahan stimulant, iaitu Caffeine. Caffeine adalah sejenis dadah yang boleh membuatkan seseorang conscious atau sedar dan tau ape yang korang buat, tapi nak telan dalam jumlah yang kecil. Serius bro, guwe layan kopi dari darjah 5. Kopi pekat serbuk. First time buat, masa tu mungkin noob lagi, jadi pembancuhan kopi mungkin tak sekata, menyebabkan ia tidak larut sangat   (not saturated completely). Dengan tak ditapis kopi, aku telan je cecair hitam tu

Otak Guwe Yang Stailo

Read more » | No Comments »


Lihat pada gambar. Fikir. Tenung. Fikir. Repeat the step. Mana satu pilihan atau ciri-ciri yang terdapat kat dalam kepala otak korang. 

Otak aku bercelaru. Aku lebih ke arah kedua-dua. Aku suka sains, pada masa yang sama juga, aku seorang yang kreatif. Aku sukakan Matematik Kimia (tapi aku tak suka pure math!), dalam pada masa yang sama, aku suka juga pada poetry and art.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...