Home » , » Kawan Makan Kawan Punya Assignment

Kawan Makan Kawan Punya Assignment


# Same Scene Like The Jedi Legend

Macam ni guwe rasa kawan makan kawan...sat lagi kena la terkam.. aummm!
Perkara biasa yang boleh dibincang dalam personal blog. Ala... benda ni normal la kat universiti. Cuma korang perasan atau tak. Tapi sumpah, guwe ada kawan yang macam taik, suka buat taik, dari taik mata turun ke taik hati. Sampai sekarang guwe nyampah nak layan dan tegur. Scene Kawan makan Kawan ni biasa korang boleh tengok kat drama swasta Melayu. Cuma tak diperluaskan je dalam situasi universiti, sebab kebanyakkan drama semua cerita pasal ahli-ahli keparat korporat jutawan Melayu. Baik dalam bidang perkapalan atau construction. Modal cerita drama zaman sekarang. huh. Layan dulu lagu lama ni kalo nak lagi feel.


# Situasi: Asignment

Guwe memang benci nak buat asignment. Untuk pengetahuan korang, guwe boleh dikatakan seorang yang rajin dan berdikari. Asignment guwe buat sendiri. Tak tiru orang ma.. salah betul belakang cerita (bukan sodom k) Kalau salah, cari jawapan yang betul. Kalau betul, abes citer main game, setel masa depan. 

Laki ni boleh dikatakan spesis paling malas nak buat assignment. Kalau assignment dah nak due date, baru la terhegeh-hegeh nak buat. Macam chelake. Guwe lelaki, guwe tau trik korang. Haha.. perusuh jamban. Bab assignment suka bertangguh. Nak dapat A kat universiti memang senang, janji korang siap tutorial dan asignment yang pensyarah korang bagi. Tak siap dan tak hantar takde la markah keri (carry mark). Biasa markah keri mewakili 40% markah final exam. Jadi, hanya 60% markah untuk subjek exam yang korang amek. Universiti senang kan? Tak macam sekolah. Aku rasa korang yang kat sekolah tu membazir je skor setiap ujian dengan peperiksaan tengah tahun dengan akhir tahun. Bukan ada carry mark pun nak tambah kat SPM dengan PMR? No offense, but it is sad reality. Sistem pembelajaran sekolah patut dibuat macam universiti. Barulah mencabar... Ok back to business!

Bila esok dah due date nak hantar assignment, barulah terhegeh-hegeh nak jawab. Ade yang terhegeh-hegeh cari guwe, camne nak jawab soalan dan ada pulak kaki bodek ngampu supaya aku beri jawapan. Biasa aku bagi ayat ni je (klik).. 

Tapi ada situasi ni memang tak berhati perut punya member. Masa guwe sedang syiok dilayan mimpi, die buat projek rembat paper assignment guwe, kasi tukar nama dengan kad matrik serta kaver asignment. Esok bile guwe cek, sudah hilang. 

"Oh shit, abes la aku asignment ni da la markah banyak! mampuih tak hantar!"- bisik guwe dalam hati.

Dalam kelam kabut tu, aku terpandang member aku ni selamba badak ja keluarkan assignment. Aku beranikan diri tanya.

"bila siap bro? aku tengok semalam hang rilek je layan digimon"-tanya guwe

"Ala... aku suka wat assignment pagi-pagi. Masa orang tidur, aku start la..."- jelas beliau

"meh sat aku nak tengok.. mana tau aku banyak salah?"- guwe cuba bluff die

"Err..takpe la bro..tulisan aku burok je macam itik kena gesel. Karang kalau ko baca trauma kang"- muka beliau mengelabah..

Semacam lak guwe tengok mamat ni. Sekali, aku terpandang last page dia...

"Macam tulisan aku! Kechelakaan juga mamat ni rembat asignment aku"- guwe berbisik dalam hati

*****

End of the class, aku terus jumpa pensyarah aku. Aku menerangkan setiap butiran terperinci, kenapa aku tak hantar asignment, dan aku cakap ada orang plagiat asignment aku.. err maksud aku bukan PLAGIAT je, sekali dia rembat semua.

Nasib baik pensyarah tu percaya dengan kata-kata manis guwe. Lalu, dia beri guwe tengok asignemnt guwe yang dah dirembat..


"SAH! tulisan saya ni Prof! Tak percaya, saya bole tulis balik. Sebijik tulisan saya tanpa was-was!"- hentak guwe

Lalu pensyarah tu compared tulisan guwe dan membuat kesimpulan tulisan itu adalah 98.8867% sama!

Tindakan seterus pensyarah tu yang buat guwe riang gelak satu semester.

BANNED FROM FINAL EXAM! 


Last-last, member aku tu mintak pensyarah guwe ringankan hukuman, tapi tak dilayan. Nak tak nak, dia kena ambil balik subjek tu semester depan. Dia (pensyarah) kata nak bagi pengajaran kat student lain, jangan plagiat terus assignment orang. Walaupun asignment, yang ni melibatkan kepercayaan orang serta persahabatan. Apa nak buat bro, benda nak jadi. Nasib la. hehe...

Buat jahat dibalas jahat.




This entry was posted on 11/11/2012 and is filed under ,. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response.

Leave a Reply

terima kasih kerana memberi komen YA!
Ada idea dan pendapat mai la habaq mai kat kotaq special bawah ni..
Annonymous boleh komen no hal gua terima dengan pintu jamban yang terbuka...

NO SPAM link-site thank You!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...