Home » » Otak Guwe Yang Stailo

Otak Guwe Yang Stailo


Lihat pada gambar. Fikir. Tenung. Fikir. Repeat the step. Mana satu pilihan atau ciri-ciri yang terdapat kat dalam kepala otak korang. 

Otak aku bercelaru. Aku lebih ke arah kedua-dua. Aku suka sains, pada masa yang sama juga, aku seorang yang kreatif. Aku sukakan Matematik Kimia (tapi aku tak suka pure math!), dalam pada masa yang sama, aku suka juga pada poetry and art.


Strategik. Aku suka menghabiskan masa lapang dengan main game yang bercirikan C&C (comand & Conquer). Game yang memerlukan kemahiran strategi yang tinggi. Setakat ni, aku dah habiskan 2 kali red alert 3: Uprising. Dalam kesibukkan strategik, aku sukakan ketenangan (peace). Kalau macam hari cuti, aku suka duduk atas katil, termenung. Bukan termenung kosong, tapi termenungkan ketenangan yang dialami.

Sebagai student berjurusan kimia, aku amat menyukai analytical (analysis). Ini adalah salah satu kemahiran yang wajib ada pada seorang pelajar sains. Pada pendapat aku, Analytical ni dibahagi kepada dua, Pemerhatian (observation) dan Inferense (inferences). yang lain, lantak pi la...

Aku dapati, sains dan kreatif yang terdapat dalam diri aku amatla berkait rapat. Kekretivitan aku amat membantu aku ketika dalam lab kimia. SERIUS! Pendapat akulah, mungkin otak kanan dan kiri sentiasa bergantung satu sama lain, cuma dominasinya, sama ada kiri atau kanan adalah bergantung kepada empunya badan...

Aku sering terbaca, otak selalu menjurus ke arah yang spesifikus. Kalau korang cenderung ke arah otak kiri, maka otak kiri anda yang aktif. Tapi, camne dengan aku weyhhh???


p/s: blog aku blog jalanan. Penulisan berdasarkan auta dan fakta. Pendapat aku merupakn sempadan, isi blogku merupakan rakyat, SO, loe jangan memain sama guwe. Nanti guwe gigit pili bomba!

This entry was posted on 10/30/2012 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response.

Leave a Reply

terima kasih kerana memberi komen YA!
Ada idea dan pendapat mai la habaq mai kat kotaq special bawah ni..
Annonymous boleh komen no hal gua terima dengan pintu jamban yang terbuka...

NO SPAM link-site thank You!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...