Home » , , » 5+1 Software Yang Perlu Wujud Ketika Buat Assignment

5+1 Software Yang Perlu Wujud Ketika Buat Assignment

Survival Of The Fittest!

Kali ni, guwe nak kongsi skit pasal software dalam lappy. Guwe bukan pro sangat pasal bidang pengkomputeran. Tapi guwe nak jugak kongsi. Guwe nak citer pasal software yang diperlukan masa korang kat universiti. Yang ni penting untuk Kemandirian assignment korang. Takde ni, assignment yang dijalankan amatlah bosan. Macam tengok slide show masa kuliah korang.

Microsoft Office ( Word, Powerpoint, Excel, ddl )


Yang ni guwe boleh katakan nadi penggerak utama assignment anda dikala malas menulis pakai pen. Takde word, korang tak boleh buat lab report, tak bole buat essei serta research. Susah gilerr...  macam idup kat zaman Arnold Swezeneger.

Powerpoint digunakan untuk buat presentation. Sekarang pensyarah dah malas nak guna kertas putih kajang. Dah la semak, dengan tulisan korang macam cacing kerawit, lepas tu nak tunggu korang terhegeh-hegeh tampal kat board lagi haru. Pakai powerpoint, kerja mudah disiapkan, boleh letak gambor lgi wehh. font boley adjust takde hal....

Excel. Yang ni budak akaun paling terer guna. Budak yang amik mainstream matematik lagi pro. Guwe? Guwe pakai natang ni untuk cari equation pastu dengan plot graph je. Tak lebih dari tuh.. Guwe bukan pengguna tegar excel, hoho...

Download Manager


Download manager ni macam pengantaraan. Yang ni best. Korang boleh muat turun video dari youtube dan sebagainya. Kadang-kadang, pensyarah suka sikit kalau letak video masa presentation korang. Maka, letak la sikit video bagi jamu mata memandang. Selain tuh, korang boleh download PDF, fail-fail musik serta gambar. Yang paling femes guwe rasa antara kalangan mahasiswa/siswi kat universiti adalah internet download manager atau IDM. Benda ni trial 30 hari. But if you know, you can find some pirate/crack software. Search in google. You can find thousand of these shit. 

Nak guna yang free? ada je alternatif, pakai orbit downloader. Yang ni cool je. Tapi kadang-kadang ada macam gila sikit.. Software die kadang-kadang jem (kat lappy guwe la). Ni pendapat peribadi dowh...

Photoshop CS 2/3/4/5/6


Yang ni guna untuk sunting atau edit gambo. Khas untuk pelajar yang amik jurusan multimedia. Tapi budak course lain boleh je ada natang ni. Takde hal.. Buat show of je. Photoshop ni memang berguna gile. Walaupun aku tak berapa reti sangat nak guna, tapi guwe berjaya hasilkan poster menarik untuk annual dinner guwe. Hoho.. grand giler...

Alternatif lain? emm..boleh pakai Picassa, ACDSee, Sai, Photofiltre. Paling noob pun Paint la..haha. Janji ade...

Winamp



Takkan sambil buat assignment, korang nak dengar bunyi cengkerik jer? Perghh..korang takde life la camni.. Meh sini, letak la sikit winamp software. Benda ni buatkan korang dengar lagu yang berformat mp3. Semangat sikit buat kerja. Lagi best pakai Minilyric.

Minilyrics ni macam addon. Fungsi dia, keluarkan lirik. Kadang-kadang benda ni membantu especially nak buat assignment dalam English. Tu pun kalau korang dengar lagu omputih la... Idea penulisan datang dari lirik. Haha... Okey la tuh...

Adobe Acrobat Reader PDF

Zaman sekarang, semua fail dalam bentuk pdf. Ikut pengalaman aku selama duduk kat universiti, hampir 95% kerja assignment aku MESTI dalam bentuk PDF, sebagai soft copy untuk dihantar sebagai bukti. Kalau korang takde, susah la... HAHA...

#Software Tambahan

Counter-Strike
Warcraft 3: Frozen Throne (DoTA maps)
Angry Bird

Ni untuk Release Tension k! Takkan nak ngadap 24jam assignment. Otak perlu rehat. Chill bro...CHILL~



This entry was posted on 11/20/2012 and is filed under ,,. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response.

4 Responses to “5+1 Software Yang Perlu Wujud Ketika Buat Assignment”

  1. terbaik laaa..yg cs5 je ikaa belum ada...nnt boley jd kurus hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. nk jadi son goku pun boleh haha

      Delete
  2. counter strike yg penting hehe bukak LAN haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kami panggil "fuction" kalo bukak LAN men CS.. =p

      Delete

terima kasih kerana memberi komen YA!
Ada idea dan pendapat mai la habaq mai kat kotaq special bawah ni..
Annonymous boleh komen no hal gua terima dengan pintu jamban yang terbuka...

NO SPAM link-site thank You!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...