Home » , » 6 Sebab Lelaki Main Counter-Strike

6 Sebab Lelaki Main Counter-Strike

kenapa lelaki suka main counter strike
logo counter strike
"Apa? Kau tak main Counter-Strike?? Kau ni memang Gay la.."- member aku, si Man menjerit. Terkejut jugak aku. Tapi ayat tuh tak ditujukan pada aku, sebaliknya ditujukan pada Zep.

Tu lah penangan counter-strike! Bagi lelaki, counter-strike ni dikira sebahagian dari budaya masa kini. Tak main counter-strike, kau dikira GAY. Melampaui Batas! Tapi janganlah terkejut, tu semuanya gurauan kasar. Kami (lelaki) memang suka bergurau kasar. Adakala sampai nak bertumbuk hari ini. Esok, elok balik. Macam biasa. Lelaki ni takde la kuat touching bila bergurau sesama lelaki...

Sape la tak kenal game counter-strike? Tak kenal, sila kambus diri anda dalam lubang 8 kaki. Counter-strike ni memang femes kat budak laki, tapi zaman dah berubah. Budak perempuan pun ada main game counter-strike. Mereka lagi terer kott dari lelaki.

Nak dijadikan citer, counter strike ni begenre FPS atau First Person Shooter. Maknanya, korang kawal karakter melalui pandangan mata karakter tersebut. Dalam skrin monitor LCD korang, hanya ada gambar senjata api, tangan dan kawasan sekitar. Tak nampak badan langsung! Nampak badan bila dah mati. Biasa Counter-Strike ni main dengan rakan taulan je. Tak susah manapun main, aku dulu start main game ni masa darjah 5 sampai sekarang, aku still main game ni lagi. Mana boleh pisah. Sebab aku lelaki, game ni memang kena alert 24jam. Tak alert korang mati kena tembak. Terkangkang mati woi... Paling malu, mati peluru senapang korang still full lagi... Haru....

counter strike untuk lelaki
Macam ni la pemandangan FPS
Aku ada 6 sebab-musabab kenapa lelaki stick kat game counter-strike. Tak kisah la apa jenis lelaki pun.

Pengaruh Kawan

Perkara biasa berlaku ke atas manusia. Baik jahat sesuatu perkara dipengaruhi oleh rakan taulan. Bila rakan ajak, tapi kita tolak, kita akan dilabel sebagai PENAKUT, GAY, BADUT dan memacam lagi lah. Benda ni la yang buatkan kitorang rasa tercabar. Sampai aku masuk Universiti pun masih lagi berlaku. heh..

Mengisi Masa Lapang

Masa Lapang takkan nak dibazirkan. Bila cuti semester ni, aku malas gila nak keluar. Bila malas keluar, aku melekat la kat depan laptop ni. Bila melekat tu.... 

Main counter-strike la... takkan aku nak cantum 1000 puzzle kot. Rosak pundi kencing gua. lain? hmm... sorry private. Cuti semester, member-member sekolah bukannya ada sangat. Kalau ada pun baper kerat je. Kalau aku tak keluar dengan diorang, aku mula lah meraban dengan counter strike. 

Hilangkan tension assignment yang berbukit-bukau

Sape yang tensyen buat assignment, pergi bace buku? gila ape?? Dah tentu la kami main game couter strike. Lebih lagi game yang bunuh-bunuh. Baru puas kasi tembak kepala, bocor terabur darah. Lepas tu gelak besar! 

killing is fun in counter strike
tengok darah tu... 
Q:Killing Is Fun Things?
A: YES! because, killing help us kill our tension.


Desktop Lebih Meriah

Takkan nak letak Word & PowerPoint je. Ngadap logo natang ni pun aku dah tensyen gile. Hard Disk ada 500gb, takkan nak penuhkan dengan tahi dan assignment je? takde life... Mari penuhkan hard disk anda dengan game..

Tambah Pengetahuan Am

Ni alasan paling bodoh yang member aku bagi, tapi aku terima jugak pasal ada kena mengena dengan hidup aku ni. Tak sangka jugak aku setuju dengan idea ni. Siapa kata, counter-strike ni 'membunuh' keinginan untuk tambah pengetahuan Am? Dah lebih 5 tahun aku berkecimpung dalam bidang ni. Masa tengah beli senjata, korang mesti baca info tentang setiap senjata kan? Tapi siapa peduli nak baca natang ngarut semua tu? Semua nak fikir bunuh je. Aku ingat lagi, cuma perkataan 'rendezvous' dalam game counter strike tu je aku hafal perkataan tu. Lepas tu, aku cari dowh maksud dia dalam internet. Macam batak pulak. Tapi aku puas untuk tahu sesuatu perkara yang aku tak tau...


Forever Alone
Yang ni sensitif sikit. Tapi biase la, nak ubati kesunyian tu. Takde awek nak dilayan. Menembak melatih diri memfokuskan diri.

T.T
Yang last sekali tu merupakan penyebab utama kenapa lelaki ramai yang main game macam ni. Haishh... nak buat macam mana, terima je la...

This entry was posted on 11/24/2012 and is filed under ,. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response.

3 Responses to “6 Sebab Lelaki Main Counter-Strike”

  1. haha apa2 pun Counter Strike the best legend :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. counter strike mmg legend abesss

      Delete
  2. Yep!! Aku pompuan pon main gak! 😃 kalau main online lagi thrill

    ReplyDelete

terima kasih kerana memberi komen YA!
Ada idea dan pendapat mai la habaq mai kat kotaq special bawah ni..
Annonymous boleh komen no hal gua terima dengan pintu jamban yang terbuka...

NO SPAM link-site thank You!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...