Home » » Game Raiden 3 Penghilang Bosan

Game Raiden 3 Penghilang Bosan

# Old Video Games Are Legend!


Kalau dulu, mana ade tempat cyber cafe, kedai main game playstation 3 ataupun yang paling mustahil paintball field. yang ada cuma PUSAT ARCADE je. Dalam Pusat Arcade ni, ada mesin yang dinamakan ARCADE machine atau mesin arked. Bentuk dia macam mesin ATM. Tapi lagi menarik la. Beza mesin ATM ngan mesin arked ni, mesin ATM keluarkan duit, mesin arked habiskan duit korang. 

Mesin arked ni boleh main secara seorang ataupun berdua (multiplayer). Tempat macam ni pakai sistem token, bentuk dia macam duit syiling. 2 Token berharga seringgit je, dulu la. Game? macam-macam, dari street fighter, tekken, Raiden, virtual cop, sonic hedgehog dan macam-macam lagi la. Zaman sekarang, tempat Arcade ni dah pupus. Kalau ada pun, sikit je dan tak ramai pergi. Klau ramai pon old school gamer pergi main kat sini. Pusat Arked sekarang ni banyak digantikan dengan Cyber Cafe, tempat korang melepak main Dota, counter-strike dan segala natang haram game online yang tak pernah aku dengar.

masuk token boleh main games
contoh mesin arked yang berjaya!
Game arked yang paling lejen bagi aku adalah game RAIDEN. Game ni bergenre Arcade-shooter. Lagi best kalo main 2 orang dowh. Korang diberi sebuah jet pejuang, korang kena tembak je musuh yang datang dari depan. Game RAIDEN ni banyak siri. Jumlah semua siri ada 5. Dari Raiden 1, Raiden 2, Raiden 3, Raiden DX, ngan Raiden VI. 

Aku follow dari siri pertama lagi. Masa zaman aku, Raiden 1 ni dalam bentuk mesin arked. Kalau ikut mata korang, grafik dia memang macam taik, tapi kalo ikut mata aku, grafik dia osemmm! Setanding dengan Black Ops. Sampai sekarang aku main. Dulu, aku memang suka lepak pusat arked. Hari minggu sabtu dan ahad mesti pergi main mesin arked. Selalu sangat lepak kat situ, sehinggakan aku bosan tengok muka apek jage kounter token. Sebab musabab utama aku pergi pusat arked ni pasal aku nak cuba potong markah paling tinggi yang ada kat dalam mesin arked tuh. bodoh juga objektif gua. Tapi ape boleh buat. Dah minat...


Zaman sekarang aku dah malas dah nak pi men kat arked. Membazir dowh. Ditambah pulak dengan harga token yang melambung naik. Pui! mata duitan. Zaman ni aku donlod je dari tenet. Lagi puas. Boleh main sampai final Boss of The Boss. Kalau dulu, lepas je jet korang meletup, korang kena masuk token dalam mesin arked tu. Sekarang tak payah dah... haha


Kalau tengok kelender, ni dah tahun 2012 kan?. Zaman sekarang mane ade dah pusat arked. Orang dah tak main sangat la. Jadi aku sediakan alternatif untuk korang main game Raiden ni. Mana tau korang nak cuba. Latest, aku main Raiden 3, khas dibuat untuk pelantar PC. Yang ni best sikit dari mesin arked. Grafik dia caaaaaaaaaantek macam Lisa Surihani, tahap Keseksian dia macam Neelofa. Mantap dia macam Zaibo. Tapi saiz fail dia Besar la... Macam...... Aku rekemen korang main game ni. Hilangkan stress lepas buat assignment hape semua... Klik. Ada 5 part. Link rapidshare.

Zaman sekarang mana ada orang dah nak main game genre macam ni. Tapi orang kata, lagi lama game tu wujud, lagi best dan berkualiti game tersebut. ye ke? ikut citarasa.... CHILL bro...






This entry was posted on 11/23/2012 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response.

One Response to “Game Raiden 3 Penghilang Bosan”

  1. Hard Rock Casino in Elgin | MapyRO
    Find 밀양 출장샵 hotels and motels near Hard Rock 의정부 출장샵 Casino 안성 출장마사지 in Elgin, 이천 출장마사지 Illinois and earn FREECREDIT, PROFITS 서귀포 출장마사지 and CASH!

    ReplyDelete

terima kasih kerana memberi komen YA!
Ada idea dan pendapat mai la habaq mai kat kotaq special bawah ni..
Annonymous boleh komen no hal gua terima dengan pintu jamban yang terbuka...

NO SPAM link-site thank You!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...