Home » , » Pengampu Di Universiti? Hati-hati OK!

Pengampu Di Universiti? Hati-hati OK!



Salam Sejahtera. Sihat? Da makan Mekdi free ke? Ngade ngade pi amek Mekdi buat ape? Setakat seketul beger bodo makan waktu pagi wat pe? Pi la beli berger Ramlee woi. Tingkatkan lagi ekonomi orang melayu. HAHA ada gaya mengampu tak aku? Cakap pasal kaki pengampu ni, ni musuh paling ketat yang korang kena jaga. Korang boleh kenal dari gaya diorang. Suka cakap manis depan pensyarah dan rakan sejawat. Tapi realiti macam hempedu. Guwe ada jugak member-member dari kalangan kaki ngampu ni. Ternyata guwe amat benci gile dengan kewujudan diorang.

Kaki mengampu ni banyak jenis. Macam-macam jenis. Ada yang suka ngampu member yang kaya, ada yang suka ngampu member yang genius dari segi akademik, ada yang suka ngampu member yang hot supaya dapat la sikit tempias HOT budak tuh. Dan ada yang suka ngampu pensyarah je keje diorang. Yang paling kena lauk, pensyarah muda yang berpangkat MISS dan ENCIK. Kat Universiti ni macam-macam ada.

Pengampu Normal

Ni biasa la. Guwe pon ada buat kalau terdesak sangat. Korang pun buat la.. Yang ni dikategorikan sebagai Normal. Takde la bahaya. Biasa dilakukan bila dah terdesak nak dapatkan sesuatu. Contoh, guwe nak pinjam paper exam test 1 dari sorang awek ni, nak buat correction. rajin gile guwe kan? Mohon dicontohi oleh segenap lapisan masyarakat... Si awek ni bleh dikatakan Pandai dan berkebolehan. Setiap kali test ja, markah dia paling rendah. Ntah ape syntax error ntah mase tuh, markah test dia paling tinggi. Situasinya camni, Okey.. Guwe akan mintak paper beliau, nak cek jawapan. Kalo beliau bagi, guwe kasi ampu sikit. nah tips mengampu!

*Berpura-pura check kertas seraya berkata

" Cantik la tulisan awak ni, secantik markah paper test. Tapi tak boleh lawan kecantikan tuan paper ni.. heee.."

*Kalau beliau bagi respon, sama ada baik atau tak, teruskan dengan ayat ni:

"err boleh pinjam? nak buat correction la kat paper I."

-Contoh kat atas ni macam pengampu kan? (geli sial) 

Kalau korang pernah lakukan benda ni, korang tergolong dalam kategori ni. Pengampu Normal. Maknanya korang tak Wicked Sick..

Pengampu Tempias a.k.a Pengampu HOT-STAP



Yang ni guwe tak suka. Kat universiti ni macam-macam orang. Cakap je. Budak Pavi, budak Bumbung Aeon Jusco, Nazi tahik Kucim, even budak Pasaraya Kim Tek pun ada kat Universiti ni. Biasa diorang ni Hot- Stuff. Bajet hot digilai oleh perempuan gedik. Cara Pemakaian diorang kat universiti macam Justin Bieber, Seluar tak main la straight-cut. Semua fit. Baju Fit. Kasut jenama Vann. Apa? Bata? pergi jahanam dengan jenama tuh.. Topi SWAG wajib pakai. Dan baju OSAKA 6 kaler merah. Jadah ape trend ni?

Pengampu Tempias ni, memang suka ngampu budak jenis hot stuff. Moga-moga dapatla tempias hot stuff tuh.. Dapat la sikit Subscriber Pesbuk, pengikut burung twitter marhaen. Barulah feymes. Guwe tak suke sangat dowh dengan jenis manusia tebiat camni...Rimas giler tengok diorang asyik berkepit dengan hot stuff 24jam. Dah macam sidekick pulak guwe tengok. Nak jadi terkenal macam magee 2 minit bukan camtu k! Pi la daftar diri jadi wakil pelajar. 


Pengampu Emas a.k.a Pisau Cukuq

Yang ni kaki Kikis duit PTPTN/Biasiswa korang. Pantang ada benda sikit, mesti nak ngampu suruh korang beli. Kalau tak dilayan, buat cerita yang korang ni kedekut. Dari luar nampak friendly. Tapi bila kenal da lama, baru korang tau SAKA pisau cukuq diorang. RAWR!

Orang camni akan cukuq duit korang bermula dari benda yang remeh temeh seperti kertas A4, pen, pemadam, kicap tamin... Lepas tu, bila da naik lemak, macam-macam la die mintak. So, Hutang si pengampu dgn korang makin meningkat.. untuk tenangkan korang, Diorang mesti cakap

"Wei nanti aku keluaq duit dari mesen ATM aku bayaq la.. k jangan risau"- Pisau Cukur

HARAM TAK BAYAQ. Korang kena mintak duit tu. Kalau korang lupa, diorang pun buat-buat lupa. End of the Semester, ada drama sadis. Mintak mahap. Mintak Ampun. Halalkan segala makan minum hutang sedia ada. Korang pon otomatis cakap " Ye la Mat.. aku halalkan semua".. bankerapp...


Pengampu Diplomat

Yang ni macam chelaka. Contoh korang gaduh dengan si A. Okey Si B ni la jadi orang tengah. Dalam masa sama, dia ngampu korang, cakap benda buruk pasal Si A. Pastu pergi ke Si A, cakap benda buruk pasal korang. Lepas tu Paling sakit, buat korang laga paler same sendiri. Woi, ni nak jadi orang tengah ke nak jadi refree WWE? korang gaduh, si kaki ampu ni la dapat advantages! Nampak tak? Macam yahudi cara dia ngampu.


Pengampu Intelek

Ni otak macam bontot karat. Malas pikir. Kerja dia pinjam assignment dan tutorial korang, pastu copy paste. Manusia macam ni memang banyak kat universiti. In university, no PLAGIARISM is allowed okey! Diorang akan ampu korang dengan belanja jajan 50sen atau aiskerim Rm 1. Jadila... Kalau korang tak kasi pinjam, diorang ungkit. Oh, korang terperangkap dalam jaring pengampu.. jack-ass


Pengampu Carry Mark 

Yang ni, aku tak tau la positif atau negatif pasal makhluk ni. Kalau dilihat dari sudut positif, makhluk ni memang membantu korang, kalau markah keri (carry mark) korang tak seberapa gemilang, korang pi jumpa pensyarah dengan syarat bawak kai ngampu ni. Mana tau nasib dapat la naik sikit keri mark. Jadilah naik walaupun 1 markah.

Dari sudut negatif, guwe rasa dia akan mintak markah keri dia lebih tinggi dari markah keri korang. dabel advantages bagi si pengampuuuuu~

******

Kesimpulan, bagi adik-adik yang ada kat luar yang bakal bergelar MAHASISWA, berhati hati la kat dalam U nanti. Ni baru sikit yang guwe jumpa, Ada BANYAK lagi jenis pengampu yang HARDCORE. Tapi guwe tak jumpa lagi. Mohon dijauhi dari segala malapetaka nih..

p/s: sewaktu post ni ditulis, Negara Palestin diserang oleh tentera laknat Israel. Maka, sesiapa yang membaca blog ini, diminta sedekah al-fatihah kepada para syuhada yang gugur di medan perang. Marilah kita berdoa ramai-ramai mohon diberi kemenangan di dunia dan akhirat juga...

*Jangan ngade-ngade nak pi amek beger mekdi. Biarla Mekdi kasi coli freee pon jangan ambil woii...





This entry was posted on 11/21/2012 and is filed under ,. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response.

2 Responses to “Pengampu Di Universiti? Hati-hati OK!”

  1. hehe.. pengampu ada dimana2 sahaja.... lebih-lebih lagi dalam persekitaran kerja..

    ReplyDelete
  2. Kalau pendapat saya mengampu ni ada baiknya juga asalkan tidak menjahanamkan orang lain. Yang penting pandai-pandailah membawa diri dan jangan lupa kita ni hidup bermasyarakat. Jangan sampai dah dapat yang dihajati sampai lupa diri.

    ReplyDelete

terima kasih kerana memberi komen YA!
Ada idea dan pendapat mai la habaq mai kat kotaq special bawah ni..
Annonymous boleh komen no hal gua terima dengan pintu jamban yang terbuka...

NO SPAM link-site thank You!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...