Home » , , , » Perlukah Program Penerapan Uitm Dihapuskan?

Perlukah Program Penerapan Uitm Dihapuskan?

Salam Readers,

Terlihat hari ni, status pesbuk Dato' Sri PROF. IR. DR. Sahol Hamid Abu Bakar Vice Chancellor Uitm. Status ni da lame, cume aku je yang tak perasan..

Beliau menyatakan bahawa program penerapan atau Fast-Trek tidak akan diteruskan lagi kerana permintaan untuk program penerapan telah menurun serta anjakan kalendar akademik yang menyebabkan kalendar diploma tidak selari dengan degree lagi dan tidak menguntungkan pelajar lagi dari segi masa. Dan ini telah diluluskan oleh ahli senat Uitm sendiri. Ini adalah kuasa Mutlak Ahli-ahli Senat Uitm.

Ada tambahan mengenai penutupan program Penerapan/FT. Ini adalah Penjelasan Oleh  Prof Azni TNC Akademik, aku grab dari Page Dato Sahol:

Salam semua. saya ingin menjawab bagi pihak Senat UiTM. Pada mulanya program penerapan telah diwujudkan supaya lebih ramai lagi graduan berkelayakan ijazah untuk memasuki pasaran dengan masa yang lebih pendek. Mereka dari diploma semester 3 diserap ke degree semester 2 atau 3. Kemudian mereka tidak dapat meneruskan program dengan baik
kerana asas mereka belum lagi kukuh. Kemudian pihak fakulti tidak benarkan lagi penerapan berlaku di semester 2 atau 3 dan pelajar ini perlu memasuki degree semester 1. Kebelakangan ini didapati prestasi pelajar merosot dan ada juga yang kena "dismissed". Ditambah pula anjakan semester yang mengakibatkan kemasukan diploma dan degree pada bulan yang berbeza. Pihak HEA telah mebuat kajian dan didapati bahawa cuti yang panjang sebelum masuk ke degree menyebabkan kemerosotan prestasi pelajar.Apabila mereka bergraduat kelak perbezaan antara pelajar normal dan pelajar penerapan jarak masa bergraduat tidak jauh beza. Oleh itu pihak Senat telah membuat keputusan untuk tidak menawarkan lagi program penerapan. Untungnya pelajar program biasa adalah: mereka akan menerima dua sijil; diploma dan degree dan juga boleh memilih program lain atau bekerja dahulu selepas diploma. Mereka yang bertungkus lumus untuk mendapat CGPA yang tinggi pun tidak akan rugi kerana mereka mempunyai lebih peluang untuk diberi tempat dan mendapat program degree yang diminati. Makluman tidak diberi lebih awal adalah kerana masaalah teknikal. Bagi pelajar yang telah membeli nombor pin, sebarang bayaran akan dipulangkan kepada mereka.

Apa Itu Program Penerapan (Fast Trek,FT)

Program Penerapan atau Fast Trek (FT) ni pada asalnya bertujuan untuk mempercepatkan masa pembelajaran korang dari peringkat diploma ke peringkat degree. Program ni hanya untuk Pelajar sepenuh masa Diploma Uitm. Maknanya, setelah 3 semester korang study bagai halilintar kat Uitm, dapat pointer cemerlang, korang akan ditawarkan melalui emel atau SMS atau korang boleh mohon sendiri dengan sukarela jika pendaftaran dibuka. Sebelum tu, korang kena beli No PIN kat BSN, Rm 10. Macam biasa laa...

Bukan SEMUA program diploma ada FT okey! Ingat tu

Print-screen dari Page Dato VC tentang Program FT



#Pendapat Kecil Member aku

Menurut member aku, Fast trek ni bagus katanya. Boleh cepat graduate. Boleh dah masuk dunia pekerjaan. Jimat duit dari segi kewangan. Dia malas nak belajar lama-lama. Guwe mengangguk je... 

Member aku cerita lagi pasal FT ni. Sebelum start kuliah, sape sape yang ambil program FT ni, akan diberi taklimat khusus tentang Pengecualian Kredit. PC ni, senang je nak explain. Kalau subjek yang korang dah amek masa diploma, bila masuk degree, korang tak perlu ambil dah. Maknanya korang tak payah belajar dah subjek tu. Contoh, masa program diploma, korang dah ambil General Chemistry. Nanti Masa FT degree, korang tak perlu dah susah-susah belajar balik subjek general chemistry ni. Macam tu la pengecualian kredit (PC.)

Tapi ingat! subjek degree masa semester 1 korang WAJIB ambil (bagi subjek yang takde Pengecualian Credit dan tiada dalam senarai subjek diploma.) Contohnya subjek Bahasa Mandarin. Subjek ni subjek wajib untuk degree. Masa Diploma memang takde subjek bahasa kan? So, korang kena ambil masa degree nanti. Ini adalah keperluan (requirement).


Pendapat aku tentang Program Penerapan (FT)

Dari Sudut Positif
  • Cepat sikit habis belajar. 
  • Jimat dari segi masa serta kewangan.
  • Nampak stailo. Dulu diploma je. Sekarang tiba-tiba da degree. EH ajaib giler mamat ni.
  • Dapat member-member baru, Usha aweks baru.. Pensyarah baru... Semua baru laa...


Dari Sudut Negatif
  • Kalau korang FT, diploma korang BURN macam tu je la. Maknanya, korang tak akan terima sijil Diploma. Hanya sijil degree ja masa korang graduate.
  • Korang dah tak boleh berpatah balik dah ke Diploma asal. Tak boleh da reverse. Ingat FT tu time machine ke? 
  • Program FT ni menuju ke satu arah je. Contoh, korang ni kos akaun, korang ditawarkan FT dan bersetuju dengan syarat-syarat FT, korang mestilah ambil program Degree yang ada kena mengena dengan AKAUN jugak. Tak boleh ke program degree yang lain, contoh program Farmasi. Maknanya, Korang tak boleh pindah ke program degree yang lain yang takde kena mengena dengan langsung dengan apa yang korang belajar masa diploma. Khas Untuk pelajar Uitm. 
  • Korang akan hadapi tekanan mental. Suasana belajar degree dengan diploma lain taw. Guwe taknak belajar  tension-tension. 
  • Penyesuaian diri terhadap Iklim degree. Yang ni susah sikit. Korang akan bersaing dengan lepasan dari matrikulasi/Asasi dan lepasan diploma. Maknanya, korang belajar dengan orang yang lagi tua dari umur korang. *koff koff batukk


Bantahan

Dalam page Dato ni, ramai yang mengutarakan pendapat, sokongan serta bantahan bahawa program Penerapan atau Fast Trek sepatutnya TIDAK dihapuskan. Mereka bangkang. Tak ramai juga yang bersetuju untuk menghapuskan program nih.. Tengok apa ulasan diorang:

PENDAPAT#1



PENDAPAT #2 (ni backup pendapat aku dari sudut negatif ni haha)



PENDAPAT #3 (Perbezaan Suasana Belajar)



PENDAPAT #4


PENDAPAT #5 (Yang ni Menarik!)


Apa-apa pun komen kat atas, Aku lagi suka komen brader ni. SO MUCH WIN!


Konklusi

Apa-apa pun, aku rasa program FT ni tak patut dihapuskan. Walaupun aku tak JOIN program Penerapan Uitm ni, tapi aku rasa orang lain memang nakkan program ni demi niat serta cita-cita mereka. Ia adalah bergantung kepada individu untuk memilih sama ada perlu atau tak program FT nih. Masa depan mereka adalah Hak mereka, rezeki pula memang masing-masing.. Setiap orang mesti ada alasan atau Reason sendiri kenapa mereka memilih untuk mengambil program FT.


P/s: Apa-apa pun, ni adalah pendapat aku tentang fast trek. Yang print screen tu aku cedok dari page Dato VC. :)

FT= Fast Trek


This entry was posted on 11/21/2012 and is filed under ,,,. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response.

7 Responses to “Perlukah Program Penerapan Uitm Dihapuskan?”

  1. rasanya tak perlu dihapuskan.. terpulang kepda pelajar nak memilih sendiri mana yang terbaik untuk mereka.. :)

    ReplyDelete
  2. terlupa nak widh terima kasih utk ucapan tu. hehe. terima kasih bro :)

    ReplyDelete
  3. masing2 mungkin ada pendapat tersendiri..

    ReplyDelete
  4. sayang kalau fast track ni dibatalkan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. fast trek ni pemacu mahasiswa... kalo belajar elok2 mesti bole score Dean List pnya

      Delete
  5. Okey walaupun post ni dah lama, tapi aku nak komen jugak.
    Aku pun salah seorang mangsa keadaan, bila dah sem 3, dekan cakap FT dimansuhkan. Hancur luluh, pelamin anganku musnah. Haha.
    Sekarang dah sem 6, lepas ni kena apply degree. Hopefully aku terpilih untuk jd student degree farmasi

    ReplyDelete

terima kasih kerana memberi komen YA!
Ada idea dan pendapat mai la habaq mai kat kotaq special bawah ni..
Annonymous boleh komen no hal gua terima dengan pintu jamban yang terbuka...

NO SPAM link-site thank You!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...