Home » , » Poker Dan Kehidupan

Poker Dan Kehidupan

Hari Sabtu. Hari lepak-king sedunia. Hari yang bosan. Macam-macam boleh digelar. Cerita Hindustan berlangsung pada hari sabtu. tv3 khususnya. fark betul. Guwe tak layan hindustan. Tak menarik la.. Mane sesuai dengan jiwa besi kental guwe. Guwe mane tahan tengok Kerina Kapur, Shila Kapur, Pretty Zetta Jones, Anne Ngasri, Tamil Narasu. (ntah guwe main sebut je name) menari dalam tv. goyang sane goyang sini! 

Oh ya, guwe benci Shah Rukh Khan especially bile die nak mengayat pelakun wanita. yang si pompuan tu pulak tergedik-gedik kat die. ape chelake ntah mamat hindustan ni tabur ayat... guwe pn teringin nak blajaq dari die.

***
Cuti semester ni, aku bosan. Sementara nak tunggu buat prektikal kat sebuah lokasi yang umphh, aku mula belajar sesuatu.

Poker.

Yup. Poker di facebook. Ada apa dengan poker? Tentu kalian pernah main bersama rakan taulan. Ataupun senyap-senyap je kate tak main, walhal dalam akaun facebook, sudah mengumpul kekayaan berjuta dolar chips! Zynga poker sudah tentu dapat mengisi masa buhsan guwe yang melampau. Game poker ni ada kala best. Bila dapat tarah duit orang, bila dapat kikis duit orang sampai sifar chips. Paling sakit hati, bole nganjing orang kat ruangan chat yang disediakan. Sememangnya pihak zynga menyediakan chatbox poker untuk para pemain mencarut dan mengarut...... dalam BAHASA MALAYSIA. Kalau English dah lama di-sensorkan oleh pihak zyngga-nigga.

Poker memang best. Aku baru belajar semester ni, sebelum cuti. Orang lain dok gagah pi study, guwe pergi bantai main poker, hasil tunjuk ajar rakan marhaen. 

Syarat cukup mudah, Anda diberi 2 kad. 2 Kad adalah random, ikut nasib. 2 kad di tangan itu hanya milik anda OK! Kemudian ada meja, dipanggil table. Ye la table, kalo tak kalian nak panggil ape? Obama ke?
Kat table tu akan dikeluarkan kad secara bersiri, bukan perogol bersiri, maupun cerita bersiri detektif konan.
Kad di atas table akan keluar secara berperingkat. dalam 1 game, ade 3 kali round. 1st round, 3 kad akan keluar. 2nd round 1 kad akan keluar, 3rd round 1kad akan keluar. Sekali lagi dinyatakan secara penyata KWSP bahawa kad yang keluar adalah random dan nasib. Tiada kena mengena dengan ahli-ahli caruman KWSP maupun Bank Islam maupun bank kapiaq.

Kalian sudah faham? baguuih, now dont do nothing to do in here, because here the game begin. Korang ada 1 pair of kad. Korang kena padankan mereka. Contoh, ada kad Heart queen ngan Diamond king, macam picture kat atas. (Buat sendiri tu..huhu). 

Lepas tu, compare kat atas meja tu, korang kena tengok, kad mana yang keluar. kalo ada queen yang keluar, maka anda ada satu pair. Kalau anda ada king di atas meja, anda ada 2 pair, queen dan king. Kad ni da dikira kuat la. Macam kat bawah nie. Baru 1st round. Tapi tak semesti keluar sebijik camni. Ikut nasib hangpa.


Tapi ingat! ada 2nd and 3rd round. Jaga-jaga. Anda mungkin dikalahkan oleh 3 of kinds (3K atau 3Q), ataupun fullhouse (3K, 2Q atau 2K, 3Q) ataupun straight kad ataupun straight flush. Gandingan kad ni kuat. Bahaya!

Aku rase poker ni benda menarik yang boleh dimain. Tapi jangan main terlalu kerap. ADDICT! sepertimana game natang len selain farmvile, rustvile, pamvile, ataupun ville-ville yg laen, ini boleh mendatangkan lagha kepada kalian ptuihh... nak nak, bile gune chips, aau oghe Kelate rhoyak, Pitih.  Guwe men sekadar isi masa  lapang haram ja... 

P/s: poker tu poker jugak. Jangan beli chips pakai duit sndiri sudah... dalam natang ni macam-macam benda haram die promote.. sabaq je la... guwe dalam game ni miskin. Duit Chips guwe cukup le nak beli proton Persona 5 biji secara cash. T.T


Nanti, guwe ajaq korang camne nak menang Zynga poker. Ada tips2 die bro.. Tak gune Hack atau Zynga bot (no use of Zynga BOT and HACK Software)


This entry was posted on 11/03/2012 and is filed under ,. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response.

Leave a Reply

terima kasih kerana memberi komen YA!
Ada idea dan pendapat mai la habaq mai kat kotaq special bawah ni..
Annonymous boleh komen no hal gua terima dengan pintu jamban yang terbuka...

NO SPAM link-site thank You!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...