Home » » Realiti Maharaja Lawak Mega 2012 Episod 2

Realiti Maharaja Lawak Mega 2012 Episod 2

Setiap hari Jumaat Malam mesti ada Maharaja Lawak Mega. Bagi yang ade astro, tak kisah la piring putih atau hitam, janji ada sabskraib chanel lawak meleis, mesti tengok dengan famili tersayang. Gua pon tak ketinggalan.

lawak ke woii?
JENG JENG JENG
Pendapat gua tentang Maharaja Lawak musim ni macam kurang menyengat. Kalau ikut teori fizik, momentum nak gelak takde disebabkan daya lawak tak kuat. Kalau nak gelak pun masa persembahan Jozan, Jambu, Boboi dengan Shiro je. Yang lain hampeh aku tak gelak. Nak gelak pun gelak kesian, macam melepaskan kentut kat tangga elevator kat Pavillion tuh. 

Aku tak tau la perasaan orang yang kat dalam stadium. Bagi aku, kalau duduk dalam stadium macam rasa bersalah pulak. Kalau tak gelak, aku kesian pulak kat peserta yang kat atas pentas tu. Penat perah otak cari Idea, tapi sorang pun tak mahu gelak. Kalau nak gelak, aku rasa aku sorang je yang akan gelak tanda 'sokongan' terhadap lawak tak menjadi. Agaknya macam tu la lumrah jadi pelawak. Bukan senang kan?

Momentum nak gelak yang paling tinggi untuk aku gelak mengilai bersama keluarga bila Jozan buat persembahan. Memang kelakar dan lakonan yang diorang buat macam secara spontan! Mungkin dah biasa kot buat lawak, show berpuluh-puluh, tawaran berlakon dan bagai lagi membuatkan pengalaman diorang berguna untuk buat lawak atas pentas.

Pendapat aku untuk Maharaja Lawak ni, sepatutnya pelawak Muda digabungkan dengan Pelawak Senior la. Contoh macam PMai dan DaDiDu. Apa yang aku lihat, idea diorang semua macam ketinggalan zaman, takde pendekatan langsung. Mungkin orang lama atau Old Timer boleh la gelak lawak diorang, tapi orang Muda macam aku ni, takkan nak ternganga je dengar lawak diorang tu. Baik aku masuk Raja Ternganga kalau macam ni. Pihak pengurusan Maharaja Lawak Mega ni patut menggabungkan yang Baru dan Yang lama. Yang Baru boleh bagi Idea tentang lawak masa Kini, manakala yang lama boleh tolong back-up atau sekurang-kurangnya buat improvisasi tentang lawak yang dibuat oleh orang baru. Baru idea berjalan. Aku kesian gila kat pelawak old timer ni. Takda sape nak gelak. Kalau ada pun, Punchline diorang kena waktu. Mungkin kedengaran sokongan jeritan. Jeritan kesian kot?

Pelawak baru macam Kumpulan Balas tak kurang hebatnya. Tapi lawak diorang berbau lucah jugak la. Tak sesuai woi.. Lawak untuk semua lapisan kuih masyarakat. Tak semua yang perlu didengari oleh lapisan bawah.

Maharaja Lawak Mega ni seperti DIDOMINASI oleh pelawak terkenal je, seperti JOZAN, JAMBU, BOBOI dan SHIRO. Yang lain tu? hmm....

Aku boleh rasakan yang Jozan akan jadi juara Maharaja Lawak Mega kali ni, tu pun kalau diorang tak berpecah macam kumpulan Sepah. hehe

This entry was posted on 11/24/2012 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response.

Leave a Reply

terima kasih kerana memberi komen YA!
Ada idea dan pendapat mai la habaq mai kat kotaq special bawah ni..
Annonymous boleh komen no hal gua terima dengan pintu jamban yang terbuka...

NO SPAM link-site thank You!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...