Home » , , » Wayang Mengarut Zaman Sekarang

Wayang Mengarut Zaman Sekarang


# Blogging FTW

Dah lama tak menekan butang keyboard yang disayangi bagai menatang minyak yang penuh. Kenduri Kendara sahabat handai bagai amatlah banyak masa nak dekat-dekat cuti sekolah ni. Mujurlah guwe tak sekolah, dan guwe sudah habis semester. Tunggu sahaja prektikal tiba.

Perihal blog guwe dalam ni, guwe nak ngomen sikit pasal trend wayang zaman sekarang, terutama, movies/wayang dari panggung Malaysia, dan bukan panggung sabut yang hangpa dok tengok Shah Rukh Khan terkinja-kinja macam kena belacan campuq mee wantan.

Perasan tak, genre movies atau bahasa ibunda, wayang, telah mempunyai satu trend. Kebanyakan produser atau penerbit atau sewaktu dengan mereka, hanya mempunyai minda semangkuk yang dikongsi. Kenape? Why? Nani kore deska? wateheck?

Sebagai contoh, trend filem sekarang. Mat rempit bagai. Ok. Itu Basic. Idea tapak asal dia, mat rempit. Modal dah ada. Cuma kasi pusing. Contoh Mat Rempit + Lawak. Ok itu da kira upgrade. OK fine! Lawak adalah perkara biasa yang perlu ada dalam wayang tipikal melayu. FINE! Here come the BIG idea, Mat Rempit + Lawak + Hantu. Well, itu radikal. Sangat...

Mat Rempit + Lawak + Hantu

Okey. trend ni dah mula masa awal tahun 2011. Hantu Bonceng. Ini je la yang ak up to date. Lepas tu sumpah tak layan wayang Meleis.

Okey. Pelakon yang MESTI pilih untuk genre filem ni. Zizan Raja Lawak. Bukan Zizan Nin tuh.. Tu watpe, letak tepi le... Owh ye, tak lekang dek sambal belacan pulak, si Shaheizy Sam! Adik Ipar Abang Datuk Bung Moktar... Aummmm..

First Impression, agak shit-brick ngan broken hearted pulak. Di tambah dengan unsur Khurfat lagi haru. Guwe memang orang beriman dengan perkara ghaib, tapi dari segi kaca mata retak seorang prosedur/ pengarah filem, adalah seperti NONSENSE. Filem camni boleh buat kepale hotak budak-budak kecik kena branwash. kang, ade yang takut nak gi berak.



Latest, lagi guwe shit-brick. HANTU K4C4I a.k.a Hantu Kapcai. Shit. Lagi ngarut tahap parut kelapa pakai sudu. Filem ni Out Of The Box. Guwe rase, bukan Out of the box dah, Out Of the Icebox dah ni. Masakan orang yang dah mati, boleh menggangu orang, pastu ngade-ngade pi mintak tolong imam. Bukankah ada HIJAB antara dunia mereka dan dunia kita? Bukankah pengetahuan kita, terhadap alam ghaib amatlah sedikit? 

 Persoalan agama seperti dipermainkan kat filem ni. Perlu ke buat cerita macam ni? Rasa tak perlukan? Balik pada tajuk asal. Modal tapak Mat rempit. Modal upgrade, Mat Rempit + Lawak + Hantu. YES! That is what we called Minda semangkuk.

#Kita Orang Islam Buatlah perangai macam orang Islam :)






This entry was posted on 11/09/2012 and is filed under ,,. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response.

2 Responses to “Wayang Mengarut Zaman Sekarang”

terima kasih kerana memberi komen YA!
Ada idea dan pendapat mai la habaq mai kat kotaq special bawah ni..
Annonymous boleh komen no hal gua terima dengan pintu jamban yang terbuka...

NO SPAM link-site thank You!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...