Home » » Jika Ada Guru Di Malaysia Macam Onizuka?

Jika Ada Guru Di Malaysia Macam Onizuka?

*Amaran BUKAN minuman keras. Bakal guru/pelatih guru atau dah jadi guru jangan tiru aksi onizuka ni! Anda menjadi contoh budaya, bangsa serta negara!


Kebelakangan ni aku sungguh sibuk cari template baru. Bohsan doh template lame. Aku ni cepat bohsan. Nak cari template lagilah cepat bohsan. Okey. Enuff of this shit.

***

Pernah terfikir tak kalau ada guru yang mengajar stail Onizuka Eikichi? YUP! Onizuka dari cerita drama jepun GTO (Great Teacher Onizuka). Cara ganas Onizuka, serta watak beliau masa mengajar kat sekolah memang dahsyat doe. Tapi seganas-ganas beliau, pendekatan yang dia gunakan memang gua rasa terbaek. Tujuan ganas dan troll dia hanya untuk mendidik anak murid die supaya tak jadi gengster macam dia. Kalau tak menyesal. 


Ciri-Ciri Yang Perlu Ada Kalau nak Ikut Stail Cikgu Onizuka Versi Malaysia.

1. Mestilah seorang guru sekolah menengah kerajaan mahupun swasta seangkatan

Korang kenalah jadi seorang guru atau guru wannabe. Pedulikan tata-etika seorang guru kalau nak jadi Onizuka Wannabe. Kalau ikut juga, korang bukan Onizuka, korang memang skema. Cikgu tadika? hmm.. hang tengking 'GOL' kat diorang pun diorang da terberak. heh. err.. cikgu tusyen? tak payah! tu tempat korang cari side income. Bebudak sekolah bayar korang untuk belajar, bukan untuk kena troll..

2. Ada background Gelap (cth: Ahli along atau pekida. ahli kugiran serta ahli kubur tak dibenarkan)


Heh. Ni peluang baik untuk gengster-gengster kat luar sana untuk bertaubat. Dan nak tunjukkan bebudak sekolah jangan join geng kongsi gelap, nanti rosak, macam korang.

3. Kena ada motor. Lagi banyak cc lagi bagus.

the original Onizuka motorcycle
Motor Harley Davidson atau jaguh keluaran modenas pun okey jugak. Topi kura-kura jangan ketinggalan. Motor Ninja Kawasaki? sesuai ke pakai dengan topi kura-kura?

4. Muka Ganas Serta tak berperikemanusiaan

Buat muka macam nak lempang rimau. Biar bebudak takut. Mata kena tajam. Pakai la eye liner sikit. Jangan banyak. Sikittt je, kasi tajam itu mata. Kalau pakai bebanyak korang jadi cikgu emo...haha. Sape nak kawan dengan cikgu emo. Hatta, pekebun sekolah pun akan kejar korang dengan cangkul kalau jumpa korang.

5. Pandai berlawak dan bertimbang rasa

Rasanya yang no.5 ni bertentangan dengan no.4 dan no 3, tapi itulah sifat Onizuka. Untuk jadi Onizuka Wannabe, korang kena ada sifat no.5 ni, walaupun korang tenung orang macam tenung rimau sekalipun, kena juga sekali sekala berlawak dengan pelajar. Bertimbang rasa sikit. Jangan nak ketat je 24jam. Macam robot. Yang penting kena faham hati dan minda bebudak sekolah. Guna pengalaman korang masa korang jadi budak sekolah dulu.

6. Sekepala dengan budak sekolah

Aku rasa, budak sekolah lagi suka dengan cikgu yang sekepala dengan diorang. Mudah bergaul doe. Macam takde perbezaan umur antara diorang. Cikgu jenis camni la kitorang nak.. Aku rasa cikgu yang sekepala dengan budak sekolah ni kebanyakkan cikgu kelas pendidikan jasmani. Pasal diorang sporting giler. Cikgu P.J sekolah aku dulu join main bola sepak walaupun umur dia dah tua lagi 1 tahun nak pencen. Cikgu stream lain?

7. Backup bebudak korang.

Yang last ni susah skit. Tapi kalau korang ada belambak bukti yang menyatakan budak sekolah korang tak bersalah dihadapan pengetua, ape salahnya backup diorang..

8. Pandai bagi nasihat atau tunjuk ajar

Yang ni setiap guru mesti ada sifat ni. Aku bukan budak Maktab guru (IPG) or else, tapi aku rasa mesti dalam syllabus korang ada ajarkan benda ni? Atau masa tutorial/lecturig hall mesti pensyarah korang ada sebut pasal benda ni walaupun sikitt... Nasihat tak semestinya dari percakapan. Even dari perbuatan pun boleh jugak (tapi susah skit).

#Mungkin dengan ciri-ciri ni, boleh dekatkan diri dengan pelajar. Ikut ape mereka pakai, sekepala dengan mereka, pada masa yang sama buat muka garang dan pada masa sama, pandai bagi nasihat kat diorang. Kalau orang tak suka tentang kita, je " Don't Judge The Book By Its Cover Dowh..."

Tu je Ciri-ciri Onizuka Wannabe. Realiti dan Situasi kat Malaysia?

kaw-kaw kena PWNED.
Kalau situasi kat Malaysia pulak, dah tentu cikgu tu kena keronyok balik lepas habis waktu sekolah. Padahal cikgu tu sound sikit je pasal tak datang perhimpunan. Wadefak with our society today!!??? Kalau tak dapat cari cikgu pada hari yang sama , takpe. ada lori, ada bas, ada jam lain boleh balas. pergi calarkan kereta atau pancitkan tayar kereta. Ada satu tahap boleh pulak panggil geng kaki pukul. lol. Realiti. Yang aku sebut ni pernah masuk dalam surat khabar. Yang tak pernah masuk? Aku rasa lagi teruk kut..  Kesian cikgu-cikgu kat Malaysia. Orang nak bagi ilmu, dipijak hinakan. Apa salah mereka doe.. Sekurang-kurang berilah rasa hormat sikit. Sekolah kat Malaysia banyak keluarkan gangster-gangster berkualiti. Boleh berlakon dalam Gangsta Paradise. Camne Malaysia nak maju wahai bebudak sekolah woi... 

# Sebab tu, Onizuka naik motor je pergi ke sekolah. Tayar motor lagi murah nak tukar. Kalau boleh cari yang tubeless. Kena Gigit anjing pun tak pancit. heh... 

# Bakal guru/ pelatih guru patut diberi kursus tambahan semasa di kampus, iaitu seni pertahankan diri. Sekarang bahaya oo.. Budak sekolah pijak kepala guru. So, guru mesti ada seni pertahan diri, tujuan untuk pertahan diri, bukan untuk bantai balik. Takkan nak dibiar pukul jer.. Mampuih. Kalau dulu, bolehlah kata " tak halal ilmu yang aku ajar tu". Kalau sekarang, diorang peduli ape...

#gua rasa pendekatan stail GTO tak boleh diguna pakai untuk 15 tahun kan datang. HAHA...

p/s: segala artikel yang gua tulis ni, andaian, pemerhatian, inferense, hypotesis, gua je terhadap ape yang gua tengok kat scene-scene GTO (Great Teacher Onizuka). Korang jangan pulak memandai-mandai nak ikut. Nak ikut boleh, tapi tanggungjawab sendiri k. Oh ya. Kali ni, blog aku tak sediakan link download cerita Great Teacher Onizuka (GTO) 2012. Minta Maaf  :)

This entry was posted on 12/03/2012 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response.

2 Responses to “Jika Ada Guru Di Malaysia Macam Onizuka?”

  1. cikgu kat Malaysia kalau nak jadi macam tu , kena anggotai kumpulan samseng.. baru lah budak2 sekolah takut.hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. budak2 skolah x takut..psl sekepala... msti die hormat kat cikgu. psl die 'taiko'... kihkihkih

      Delete

terima kasih kerana memberi komen YA!
Ada idea dan pendapat mai la habaq mai kat kotaq special bawah ni..
Annonymous boleh komen no hal gua terima dengan pintu jamban yang terbuka...

NO SPAM link-site thank You!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...