Home » , , » Buku Insomnia Dan Kopi

Buku Insomnia Dan Kopi


Cuti semester kosong. Tiada apa-apa nak dibuat. Duduk rumah macam patung. Tidur lewat, bangun dari tidur lagi lewat. Dah macam bangkai bernyawa. Kegemaran aku suka baca buku. Aku bukan berduit. Aku tak mampu beli buku. Buku yang ada hanya buku dari zaman kanak-kanak riang. Sape nak bace Cinderela dengan 7 orang pendek. Chelake.


Bab baca buku. Aku jauh kedepan. Aku suka baca buku yang berkaitan dengan saintifik. Baru-baru ni, aku baca buku " A Brie History Of Time", karya Stephen Hawking, si profesor cacat lempong. Bagi aku, ini bukan natural maupun fantasi. Bahan bacaan aku sendiri kebanyakkan berasal dari barat.

Aku bukan peminat novel cinta, maupun novel cinta saintifik thriller. Jadah baca novel cinta? Persetankan semua tu. Aku tak suka ayat bunga yang difantasikan oleh pengarang novel itu sendiri. Jalan cerita novel bukan natural. Namun, ia didambakan oleh segelimpangan gadis-gadis sunti maupun si teruna jiwang. Mereka suka berfantasi. Realiti bercinta bukan macam tuh... Ada pahit maung, ada perit, macam bau ketiak roomate korang. Kalian yang membaca novel cinta hanyalah disogok oleh fantasi yang menyebabkan penyakit GHAIRAH berlegar di hati dan fikiran kamu. Keluarlah dari kepompong fantasi, hidup secara realiti!

"A Brief History Of Time"- Stephen Hawking. Aku baru start baca buku ni, lepas ak selak blog Pseudosains, aku amat tertarik dengan fakta serta realiti yang ada. Aku hanya baca sinopsis dari blog pseudosains. Menarik! Penulis blog tu berfikiran sama sepertiku. Minda Saintifik. Kalau nak baca buku ni, P mai la beli kat bookstore Popular atau MPH. Aku? hehe... download

Entry kali ni, bukan nak buat sinopsis buku tu, jadah aku nak buat sinopsis? Setiap orang ada interpretasi sendiri. Baca buku ni buat aku excited. Tambahan pula, buku ni bole isi masa lapang haram aku. Bertemankan kopi, aku sibuk menyelak fail PDF yang mengadungi buku tersebut. Dah 2 hari aku macam ni. Insomnia! Well, aku tak kisah. Asalkan dapat mengisi kepale hotak aku dari teruk dimamah cuti semester. Tidur? Lupakan Farkta tu. haha....

Oh...Sememangnya aku nak tidur. tapi.....

lupakan.....

je la...

This entry was posted on 11/05/2012 and is filed under ,,. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response.

One Response to “Buku Insomnia Dan Kopi”

  1. senarai blogwalking bloglist dah keluar..jemput la blogwalking sesama kita naa :)

    owh..tak nampak pon bloglist dalam blog ni?

    ReplyDelete

terima kasih kerana memberi komen YA!
Ada idea dan pendapat mai la habaq mai kat kotaq special bawah ni..
Annonymous boleh komen no hal gua terima dengan pintu jamban yang terbuka...

NO SPAM link-site thank You!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...