Home » , » Drama Swasta Melayu Dan Sakit Jantung

Drama Swasta Melayu Dan Sakit Jantung


CRACK! hari ni da langgar pantang-larang. Tonton drama swasta. Kat channel Astro siaran numbur berapa ntah. Mak aku bukak. Aku sebenarnya nak tengok citer lakonan Steven Seagull. Lagi best. Tapi takpe. Aku mengalah. Aku tau setakat citer kat astro tu die bole ulang 16,000 kali.

Guwe Pasrah...

Nak dijadikan citer, guwe pun terpandanglah satu babak, di mana seorang datuk ni, tiba-tiba sakit jantung. Dengar syarikat miliknya jatuh bankerap disebabkan anasir buasir dalaman. Gua terkemam.


"Syarikat datuk mengalami kerugian yang amat besar. Kalau tak dibendung dengan cepat, syarikat ni pasti gulung tikar!"- jelas pelakun tambahan, merangkap orang kanan Syarikat minuman tenaga, dalam filem tuh.

DABURSHHH~


"Ya ALLAH! jantungku.."- jerit si bapa..


maka ramailah yang terkedek-kedek pergi menolong si tua sakit jantung. Kepanikan. Kucar-kacir, haru-biru dapat dipertontonkan dalam filem swasta ni. Aku respek betul, berlakon camni, walaupun muncul dalam masa tak sampai 20 minit, boleh dapat fulus dengan banyak plak tuh...


*******

Modal entry ni. SAKIT JANTUNG. Kebanyakan tipikal, drama swasta Meleis, yang ada masa ni, mesti ade sakit jantung. Dan kalau sakit jantung tu, mesti seorang bapak. Dan seorang bapak tu, mesti ada gelaran Datuk. Anak-anak diorang mesti 2 orang Maksimum. Minimum sorang. Tak boleh buat banyak-banyak. Nanti bini penat. Anak datuk, mesti jahat, tamak, keje nak songlap duit mak bapak je. Suka Enjoy. Majoriti camtu.

Kekayaan seorang Datuk dalam drama Swasta. Datuk bukan calang-calang datuk... Mempunyai banglo 3.5 tingkat serta BMW siri 5 pasti dalam genggaman. Apa barang kereta keluaran tempatan.. Setakat wat dalam filem si David Teo tu bole la... Yang tak boleh blah, kalau nak rugi tu kasi berbilion ringgit. Dafuq? Niaga hape? Ofkos la construction. Ataupun perkapalan. Scene-scene camni guwe da biasa tengok. Da bole predict.

Balik pada cerita sakit jantung. Penyakit Pembunuh rakyat jelata di Malaysia bukanlah chikenpox, ataupun mati puchuk maupun deman kepialu. Tapi sakit jantung! Tahukah kamu, penyakit jantung, merupakan penyakit yang biasa dalam kalangan rakyat Meleisia?


# Abang Vader? Gimana Penyakit jantung ni boleh terjadi?


Melalui pemakanan yang tak seimbang. Korang menterdarah makanan yang dari jenis goreng-gorengan seperti ayam, burger, french fries. Makanan ni banyak lemak. Lemak ni la yang buat jantung korang tersumbat dan rosak. Benda-benda ni yang melemahkan syahwat jantung untuk mengepam dengan lebih syahdu. Tu semua Fundamental of sakit jantung. Dafuq? tak tau? Nurse x pernah datang ke sekolah dulu ke mase kecik kasi berus gigi?

So, aku ada jugak dapat mesej yang tesembunyi dari semua drama swasta. Tak semuanye tak elok. Ada sesetengah part boleh dijadikan pengajaran. Contoh Neelopak. Dia ajar budak-budak agar senantiasa berpakaian seksis tak kira masa. Sama ada beliau tutup aurat, tapi baju macam sarung nangka. Nampak lurah bagai. Ok tu bukan pengajaran. Tu tambah dosa.

# Here comes the pengajaran


Pengajaran, korang kenalah jaga pemakanan yang sihat. Makan makanan yang seimbang. Ikut piramid makanan. Ambil banyak sayur serta buahan. Kurangkan makanan berlemak. Tengok hieraki piramid. Lemak paling kat atas. Tu dia pedajal korang mati awal.

Pengajaran yang kedua, jangan jadi orang kaye.

"Bitch please! apsal xble!!?? hang jeles ke vader?"

tengok orang kaye makan ape? dedak ke? diorang makan makanan yang sedap. Tapi diorang kurang senaman. Tu yang asyik sakit jantung je. Ala, setakat korang rewind balik citer sembilu kat tv2 dulu, scene Yusop Haslam jogging dengan bini.tak payah la. tu berlakun je. Realiti diorang malas nak bersenam. Poco-poco ja la harapnye Lama-lama gemuk la kawan tu asyik makan je.

So, konklusi:

Jadi kaya --> Dapat pangkat Datuk --> Kerja, makan,kerja makan,kerja makan --> sakit jantung

U jelly? orang kaye?

This entry was posted on 11/06/2012 and is filed under ,. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response.

2 Responses to “Drama Swasta Melayu Dan Sakit Jantung”

  1. erghh..sakit jantung gua bace..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. urghhh...ak benci kolestrol aka lemak... =.=

      Delete

terima kasih kerana memberi komen YA!
Ada idea dan pendapat mai la habaq mai kat kotaq special bawah ni..
Annonymous boleh komen no hal gua terima dengan pintu jamban yang terbuka...

NO SPAM link-site thank You!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...