Home » » Problem Template 101: SEO

Problem Template 101: SEO


Mungkin post yang aku tulis ni remeh-temeh, tapi aku rasa blogger template yang aku gunakan ni tak sesuai. Bila member aku cek blog aku, dia kate ada masalah dengan template. Tu la ngade-ngade tukor template. Gatai sangat tangan guwe ni...

template tak mesra SEO

Member aku kata,Template yang terkini yang aku gunakan ni tak mesra SEO. Tak mesra pengguna. Tak mesra bagai. Bila cek, recent comment widget haram tak boleh guna. Damn.. Lagi satu, amende lak SEO tuh..? Bila google skit, SEO ni bermaksud Search Engine Optimizer. Berdasarkan pemahaman kasar aku, Benda ni perlu untuk pastikan post aku berada pada muka surat depan. Okey sekarang baru aku tahu, kenapa orang kata blog ni boleh jana duit. Member aku kata lagi, nak guna template, cari yang "wordpress theme look". Dia kata, dalam template jenis camni, dia da adjust da SEO ni. Aku tak paham sangat, gi mampuih la.. haha....

Aku sayang gila template ni. dah nak kena tukor.. Demi recent comment widget ngan SEO, aku tuko je la..Tadi baru gatai tangan cari wordpress look template atau template yang seakan akan wordpress platform, padahal blog korang platform blogspot. Penipu. Nampak nice gile template camni. Patutla orang berlumba-lumba nak pi guna platform wordpress. Baru aku tau sebab musabab die....

Blog post yang aku taip ni macam menunjukkan aku ni bangang abadi tentang dunia blog. Tu la, ada tenet asyik men game jer. Tapi takpe lah, orang kata belajar dari bawah dulu. Lepas setahun dua puluh mungkin kalau aku ada rezki, aku try la bukak blog yang ada domain sendiri. 

p/s: still mencari template wordpress look. Ada terjumpa satu web yang provide template macam ni. NICE! Aku ingat nak ambil satu. Kasi adjust sikit. Klik sini. 

This entry was posted on 11/22/2012 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response.

2 Responses to “Problem Template 101: SEO”

terima kasih kerana memberi komen YA!
Ada idea dan pendapat mai la habaq mai kat kotaq special bawah ni..
Annonymous boleh komen no hal gua terima dengan pintu jamban yang terbuka...

NO SPAM link-site thank You!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...