Home » , , » Tips Presentation Yang Takkan Kantoi

Tips Presentation Yang Takkan Kantoi


# University Life. Presentation. Presentation Everywhere!


Sebagai student kat salah sebuah institut pengajian awam yang paling banyak berkembang kat Malaysia ni, guwe memang ada banyak pengalaman. Macam-macam pengalaman berlaku. Tapi biasa la, banyak makan garam, banyak darah tinggi pengalaman. Kali ni, guwe nak naip sikit pasal benda feveret pensyarah korang suka buat selain menghabiskan masa lapang dengan menanda kertas ujian korang yang cakar ayam tulisannya.

Presentation. Sape suka presentation? Ikut kajian abam Bojan Todak, 98% orang tak suke presentation. 1% adalah mewakili orang yang takde life, takde soul, dan suke menunjuk dan 1% lagi korang kena kecing pasal percentage ni. Sebenarnya, presentation mempersiapkan korang untuk hari yang mendatang. Zaman sekarang ni, semua pakai English. So presentation kebanyakkan dalam English. Ramai yang kantoi. Personaliti dah ada. Keyakinan 200% ada. Ada yang tampan, cantik, cerdik buah, tahap konfiden yang tinggi tapi tak reti cakap bahasa inggeris. Cakap mesti ada "aaa...uu....eaaaa....uewww...."-Tu la masalah student kat Malaysia. Guwe pun ada gak masalah period ni. Tapi guwe overcome dengan cool dan biasa. Macam berak lepas korang bangun pagi. Nyaman....

# Presentation Tips And Shit Mistake make By Student Nowadays

a) Point Korang Macam Karangan Perogol Bersiri.


Dey Macha. Ini macam mana boleh la tambhi. Mati la Lecturer maw baca semua bullshit yang korang taip. Masa yang diberi masa presentation kebiasaan pendek. Lagi satu, Isi yang terlampau panjang menyebabkan lecturer korang ragu-ragu. Diorang anggap korang CTRL+C pastu CTRL+V. If you know what I mean.

Presentation yang baik adalah presentation yang pakai sikit point, namun point korang amat penting dan strategik. Point korang hanya perlu diterangkan pakai mulut. Tu nama dia presentation. Powerpoint tu cuma membantu korang dan lecturer untuk dapat gambaran serta keterangan yang lebih lanjut. Lagi satu, boleh tambah fakta sama ada saintifik atau non-saintifik untuk sokong point korang. Kalau korang rasa point korang bullshit dan butthurt, lupakan je.. 


b) Praktis Sebelum Buat Presentation!

Lepas korang dah siap powerpoint ataupun bahan lain yang digunakan untuk buat presentation, korang mestilah praktis dulu sebelum buat presentation. Nak nikah pun ada prektis akad nikah kan? Masakan tidak pada presentation? Sediakan explaination atau keterangan tentang point korang pada atas kertas kecil, sebagai rujukan. Mana tau, korang lupa masa presentation disebabkan nerves. Masa tu, tuhan je tau camne gugup korang.

Orang kata, sehari sebelum presentation adalah masa yang baik untuk buat raptai presentation. HAHA. Ini membantu korang untuk lebih konfiden, pasal, masa presentation, korang akan ingat apa yang korang buat masa raptai. Raptai boleh dijalankan berkumpulan. 2 atau 3 orang cukup. Baru threesome. Lebih dari tu nanti jadi mesyuarat tahunan sukan pulak. Mintak pendapat ahli kumpulan bila setiap kali raptai korang habis dijalankan.

c) Hadir Awal Sebelum Presentation!

Yang ni, aku rasa membantu sikit. Hadir awal sebelum presentation boleh buatkan korang rasa comfortable dan tak kelam kabut. Masa ni, dah tak payah nak hafal macam skrip Anugerah Skrin. Korang rileks je. Gi sembang ngan rakan sejawat. Tak kisah la topik apa. Spender ke, jamban duduk ke atau benda yang kelakar dan riang. Jangan citer pasal benda yang menyakitkan hati korang atau benda yang buat korang marah. Nanti benda ni pengaruhi presentation korang.

d)Jadi Seorang yang Konfiden 100%

Konfiden ni bukan buat muka ketat macam orang sembelit atau buat muka mintak kena rejam. Konfiden ni, muka dia suci je. Muka selamba badak. Muka inosent. Jangan buat muka cuak atau muka pecah rumah. Karang belambak la soalan diorang lempar. Masuk ke tempat presentation dengan senyuman. Biarpun korang tau senyuman korang fake and made in China. Orang kata, konfiden ni bertambah dari masa ke semasa ketika korang dalam presentation. Jangan bimbang.

Lagi satu nak tambah konfiden, korang kena latih diri korang pikir benda yang positif masa presentation. Pikir, lecturer/pensyarah ni buat presentation untuk tambah carry mark korang. Walhal tidak. HaHa...

e)Eye Contact/ Dari mata ke Mata


Ni best. Eye contact penting gile dalam presentation. Kalo korang asyik pandang atas je, eye contact jadahnye. Korang sembah dewa syiling ke? Eye contact ni bagi guwe ada banyak jenis. 1 person to 1 judges person, 1 person to more than 1 judges dan 1 person to all.

1. # 1 Person to 1 judge.
Yang ni, korang constant tengok sorang je lecturer dari bebanyak lecturer yang mengadili presentation korang. Method ni bahaya sikit. Hang fokus pada sorang, tapi yang lain korang abaikan. Kesian la diorang. Macam tiang jek korang layan. Tapi untuk starting 1 minit, boleh guna cara ni untuk dapat lebih konfiden.

2. # 1 Person to More than 1 Judges
Yang ni korang pandang semua lecturer yang judges korang. Kalau ada 3 orang, masa presentation, pandang tepat mata diorang selang seli. Yang ni memang best la, tapi eye contact untuk audience (orang yang menonton a.k.a penyibuk korang) takde. Tak syok. Yang ni kalau nak pakai sampai akhir amat digalakkan. hoho..

3. # 1 Person to All
Korang pandang semua (juri+penonton). Cara eye contact korang. Pastikan eyes contact 90% berada pada mata juri. 10% untuk penonton belakang. Ingat, komposis kena betul!

f) Intonasi suara mesti ada

Intonasi adalah alunan suara ketika bercakap. Intonasi menunjukkan sesuatu sedang berlaku itu amat penting atau perlu diambil tahu dan diambil tindakan. Dalam bab ni penting. Contoh korang rasa point korang tu amatlah penting, maka tekankan point tu dengan sebut guna intonasi. Jangan guna suara yang mendatar macam kambing. Takde feel la macam tuh. Buang perasaan malu. Ingat macam ni je. "Aku nak markah keri (carry mark) lebih, aku kena tarik perhatian diorang ni!"

Kalau korang nyanyi lagu artis pujaan korang dengan penuh intonasi dan bermakna, kenapa presentation korang tak boleh bagi intonasi macam apa yang korang nyanyikan? Presentation kena ada soul...

g) Senyuman tu Penting!


SENYUM! Masuk je bilik presentation. Pandang muka diorang dengan senyum! Judges akan bagi 1st impression tentang perwatakan korang melalui senyum ja. Kalau diorang nak tanya pasal point korang yang meragukan, senyum dulu masa diorang tanya soalan pada korang. Kemudian jawab soalan diorang. Lepas tu senyum skejap. Jangan wat muka ketat spender saiz S dari awal sampai akhir. Macam robot

Senyum membantu hilangkan rasa stress dan Nerves masa presentation.

h) Jadi Diri Anda Yang Sebenar

Presentation adalah hak anda. So, apa-apa berlaku, ikut keputusan anda. Jangan dipengaruhi oleh rakan sejawat. Diorang tu menyibuk je. Sendiri punya presentation hancur berkecai ada hati pulak nak author presentation korang. Pendapat rakan korang, dengar ja. Ikut mana yang penting dan patut. Kalau nonsense tak payah. Buang jauh-jauh.


This entry was posted on 11/10/2012 and is filed under ,,. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response.

2 Responses to “Tips Presentation Yang Takkan Kantoi”

  1. tips ni memeang bgus...dah la next week aku present..blh pkai ni..hihi
    maseh sebab share ni....

    ReplyDelete

terima kasih kerana memberi komen YA!
Ada idea dan pendapat mai la habaq mai kat kotaq special bawah ni..
Annonymous boleh komen no hal gua terima dengan pintu jamban yang terbuka...

NO SPAM link-site thank You!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...