Home » , , » Buku Free Di Universiti? Sape Nak??

Buku Free Di Universiti? Sape Nak??


Hei. Salam Sejahtera. Sihat tak korang? untuk yang nak/baru ambil paper SPM/STPM, amacam jawab soalan paper SPM/STPM? Senang kan? abah kau senang. Guwe dulu masa SPM paling benci Add-math. Guwe paling menci pasai subjek ni macam CLASH dengan Math Modern. Ada je tak kena. Bila belajar Math Modern, boleh dikatakan kacang jugak la jawab. Guwe sering dapat A. Tiba plak tang addmath, guwe bingung serta kebimbangan seperti kena period, nak guna persamaan (equation) ape dowh? gua buntu gile dengan addmath. Akhirnya, SPM guwe, Addmath guwe dapat C+, Math Modern guwe dapat A. Haru giler...

Tapi bila masuk Universiti, addmath yang dulu guwe rasa susah, boleh ja guwe bawak. OH ya lupa nak bagitau, kat universiti, kitorang tak panggil addmath dah, kitorang panggil CALCULUS. Bukan anak BULUS okey? Addmath tuh untuk bebudak sekolah je. CALCULUS ni memang matematik. Apa yang korang belajar kat add-math diterapkan kembali kat sini. Cuma jalan kerja berbeza dan tahap kesusahan yang melampau. Tapi yang pelik guwe boleh bawak. I dunno why  =.=

***

Cukup pasal intro ngarut. Aku nak citer pasal buku rujukan kat universiti ni. Buku yang ada dijual kat kedai maupun toko buku di universiti ni memang susah sikit nak dapat, mahal cekik darah, dan limited giler. Sape cepat die dapat. Sape lambat hang pi la potostat kat kedai apek. hehe.. Kalau korang nak tau, buku yang ada kat pasaran, korang kena berebut dengan budak ijazah dan diploma. Kalau korang bijak emas, beli la kat senior korang. Tapi masa tu buku tu da lunyai. But, who the hell care about lunyai.... 

buku buruk, buku free, nak buku free universiti


Buku Universiti memang tebal. Tapi Tebal die memang berguna dan berbaloi. Boleh guna jadi bantal untuk tido, bagi pinjam kat awek kelas, hempuk muka member yang suke copy paste assignment dan lain-lain. Kadang-kadang, buku tu boleh guna sampai la korang master atau PHD. Tak tipu doh. Aku tengok pensyarah aku guna buku yang dah lunyai macam kena gigit ngan anjing chihuahua. Bila aku tanya buku ni dari zaman belajar ke? "YUP! and I still use it"- kata beliau (pensyarah) dengan bangga dalam loghat English.

Masa guwe semester 1, guwe dulu NOOB. Butang baju semua guwe sarung. Tak tau lagi dunia universiti. guwe akan beli buku yang direkomen oleh pensyarah. Walaupun buku tu guna hanya 1 semester, guwe bantai beli. Guwe rase jenayah tu berat giler. Rasa rugi pulak. Korang kalau nak beli buku, pi la beli buku yang orang kata boleh guna sampai korang kerja atau PHD. Tu baru namanya buku rujukan. Nasihat guwe, tak payah beli buku belambak-lambak. Korang kan sekarang ade internet. Guna internet. Kalau takde internet, pergi library. Mesti ada kan? Tak pun cyber cafe pun okey..

# No Book As References? Matilah aku....!

Tu kuat kencing. Meh sini guwe ajar korang camne nak dapat buku FREE, tanpa bayar sesen pun. Korang cuma bayar line tenet je (broadband). Pinjam kat library tu satu alternatif. Tapi, sape la yang nak berjalan kaki nak gi library. Guwe tau korang semua berat buntuuuut nak jalan pergi library. Guwe pun sama...

Masa zaman guwe on the semester dulu, guwe pakai internet je. Google books kan ada. Sering guwe merujuk kat google book. Yang lagi best, kalau guwe macam tak puas ati dengan google books, guwe terus download je buku tuh. Search je kat google.com, ataupun mediafire ataupun 4shared. Senang gilerr kerja. Fail yang didownload pun dalam bentuk PDF. Sekarang ni, banyak sangat blog-blog atau laman sesawang yang bagi link nak donlod buku free. Kadang-kadang lecturer notes pon boleh dapat. Buku dari penerbit yang femes seperti Wiley, Oxford dan lain-lain memang senang nak cari. Web yang selalu jadi target aku download buku. Link semua korang klik je. akan dibuka tab baru.

Buku Rujukan + Novel English + Ebook
Kat sini tempat download buku. Tapi bukan semua free okey. Ada yang perlukan syarat.


Buku Rujukan Engineering+ solution Manual + lecturer notes
Solution manual ikut nasib la ada atau tak


Ni download buku santai + novel english. Kalau ada buku rujukan tu pun sikit.

Freebookspot.es  : yang ni kalau nak cari bahan baca ringan-ringan boleh la

Ni kaedah terakhir. File provider Cari kat filecrop senang skit. Tick mana yang berkenaan, sama ada rapidshare, mediafire, hotfile dll. 


Kalau masih lagi tak dapat, try la torrent. lagi senang haha.. Tapi ni untuk pro je. Maknanye, korang kena taw apa itu seeder, apa itu feeder. Kena jugak tengok tarikh bila buku tu diupload kat torent. Lagi satu. Kadang-kadang torrent ni kuat kencing, mana kata torrent ni kuat nipu. Kadang-kadang dapat fail lain..haishh... musykil giler der...

***

Guwe harap post ni boleh bantu adik, abang, akak, acik, tambhi, tanggachi, jiran 40 penjuru, peminat drama sinetron yang kat luar sana untuk cari buku free, buat rujukan korang masa kat universiti. Tapi Ingat! tak semua yang korang nak cari ada kat dalam web nih. Guwe tak gerenti 100% korang akan dapat apa yang korang nak okey! Usaha tangga kejayaan. Ni salah satu usaha korang haha...

Bukan untuk sokong cetak rompak/ download atau upload benda-benda yang illegal, tapi korang kena jgak tau situasi korang. Gi mampos la illegal atau tak. Bayangkan korang boleh jimat lebih kurang RM 100.00 untuk sebuah buku. Kalau ada 5 buah buku korang kena beli masa semester tu, tak ke naye RM 500 terbang? Korang belajar chapter by chapter, bukan sekali gus nak abeskan dalam satu hari, yedak? kalau lecturer korang mengajar pada chapter 2, silalah print chapter 2. Tak payah la gatai tangan print satu buku. Guna akal okey :-)

This entry was posted on 11/18/2012 and is filed under ,,. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response.

5 Responses to “Buku Free Di Universiti? Sape Nak??”

  1. gua suka info ini. m,emandangkan gua pun bekas pelajar. hehe. mmg payah bila nak beli buku, mahal. terima kasih sharing. btw salam kenal.

    ReplyDelete
  2. Wahh lepas ni boleh la try. Hehe

    ReplyDelete
  3. terima kasih info yang baik

    ReplyDelete

terima kasih kerana memberi komen YA!
Ada idea dan pendapat mai la habaq mai kat kotaq special bawah ni..
Annonymous boleh komen no hal gua terima dengan pintu jamban yang terbuka...

NO SPAM link-site thank You!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...