Home » » 4 Sebab Presentation Anda Hancur

4 Sebab Presentation Anda Hancur

Sebab tu lah markah presentation aku RENDAH!

Saja aku tulis post ni, bagi letak peringatan pada diri aku sendiri serta bakal pelajar IPTA 2013 dan seterusnya. Permohonan kemasukan ke IPTA dan Keputusan Kemasukan ke IPTA 2013 belum keluar lagi kan? Rileks dulu. Dengan usaha korang pasti dapat punyalah. Gerenti. Tahniah kepada adik-adik yang berjaya memasuki Universiti hasil permohonan korang kat portal UPU. lol lama lagi kot.

4 sebab pembentangan anda hancur
Presentation anda hancur sampai orang lain pun boleh tertidur.. zzzz
Sebagai pelajar universiti, aku dah lali dah dengan permainan feveret pensyarah, iaitu presentation atau persembahan. Jadah aku tulis maksud persembahan? Bukan persembahan la, tapi pembentangan lol. Aku rasa, bakal student universiti patut tahu, tanggungjawab diorang, Sama ada memilih kertas putih kajang bersaiz mega, atau guna powerpoint slideshow. You choose!

Sebab presentation korang hancur mungkin disebabkan faktor yang aku acap kali alami. Kadang-kadang tak perasan, orang lain yang perasan. Tapi tu la hakikatnya.


Senarai yang boleh dikatakan membunuh hasrat murini korang untuk dapat markah tinggi dalam pembentangan. LMAO :


1.Over Confident Atau Terlebih Konfiden

Yang ni penyakit nombor satu pelajar universiti. Tak semestinya, Presentation anda 101% sempurna dan marbeles sekiranya korang dah siapkan slideshow yang indah bagai, lengkap dengan references serta video. 

"Oh! aku dah siap bahan untuk aku present esok, rileks la..dota dulu lai! Esok masa presentation aku pepandai laa jawab. Ikut flow"- mamat over konfiden

 Ingat! Pensyarah anda kaki troll, dan mereka sentiasa berjiwa troll. Diorang memang suka pangkah orang yang over confident ni. Diorang memang dapat tahu sama ada korang ni Over Confident atau tak, dengan cara melihat gaya percakapan serta bahasa tubuh badan (body Languages) semasa dalam pembentangan. Tengok galak semacam je, dengan suara bajet tau jawapan, memang sahlah kena. Dan melalui simptom-simptom ni la, diorang pangkah korang dengan soalan yang korang tak pernah terfikir pun. Soalan tak logik, tapi benda tu MEMANG ADA. chelaka... gua memang muka yang selalu kena troll.


2.Salah Faham Dengan Orang Lain

 Biasa terjadi bila presentation atau pembentangan korang dilakukan secara berkumpulan. Bila rakan korang menerangkan sesuatu, anda gatai mulut pergi menyampuk cakap rakan. Yang lagi best, kasi tokok-tambah point rakan. Akhirnya, boleh berlaku perselisihan pendapat antara rakan, dan yang paling teruk, perselisihan pendapat antara korang dan pensyarah. Apa lagi, Trolling lagi la pensyarah korang tuh.

Biarkan rakan anda habiskan keterangan merapu dia. Kalau anda rasa keterangan dia tak betul, adjust skit..


3.Buat Kesilapan Yang Ketara Semasa Pembentangan

Yang korang menggelabah sangat tu apehal? Rileks dan Tenangkan diri. Sumpah doe, pensyarah korang tak mau gigit korang. Gigit korang tak sedap. Rasa masin payau. Antara kesilapan yang memang korang lakukan dan nampak ketara adalah gagap, loghat serta tiada eye contact. Gagap tu normal la bagi aku. Pembentangan dalam bahasa inggeris kot. Aku pun sama. Realiti. Biasalah. 

Bab loghat, baik korang lupakan SEBENTAR segala loghat Pantai Timur, loghat Utara maupun loghat Selatan, cuba la cakap sikit bahasa Inggeris tanpa dipengaruhi oleh satu pun loghat dari kampung halaman korang. Sebabnya, Pensyarah akan troll korang bahagian loghat mana yang korang sebut. Kadang-kadang, benda yang MEMANG takde kena mengena pun diorang akan troll. 

Eye Contact. Ni salah satu bahasa badan (body languages). Korang kena la sesekali pandang mata pensyarah. Ini membuktikan, yang korang tengah membentangkan hasil kerja korang kat dia. Kalau setakat pandang papan putih baik tak payah doe. Agak-agak korang, Muka papan putih tu sama dengan muka pensyarah korang ke? Oh ya, jangan lupa pandang student lain. Agak-agak ada awek muka cun macam Lisa Surihani, kasi pandang tajam.. RAWR!


4.Terlepas Peluang

Yang akhir ni jarang berlaku, tapi budak course aku memang suka buat benda ni. Feedback from students. Memang ada markah tambahan dari pensyarah sebenarnya. Markah tambahan untuk si pembentang dan si murai yang nak tanya. Feedback ni bagus, cuma annoying sikit la, terutama musuh ketat korang yang nak tengok kemampuan korang. Sebenarnya, dalam kes ni, pensyarah lagi suka kalau student itu sendiri saling bertanya antara satu sama lain. Kalau boleh, dia nak wujudkan satu scene perbalahan student antara satu sama lain. Lagi bising lagi bagus. Meriah. Dia nak uji tahap pemikiran kreatif dan kritis korang sebagai student Universiti. 

Dari perbalahan ni, dia dapat nilai korang dari segi:
  • Macam mana korang jawab soalan tu?
  • Spontan atau tidak?
  • logik atau merapu tahap longkang?
  • Berdasarkan fakta? Bersandarkan teori? Ada tak persamaan (equation)?
  • Berikan bukti? Sumber?
  • Atau adakah anda raja wikipedia? 

-Troll tak pensyarah aku?

Kalau korang tak jawab feedback dari student yang bertanya, alamatnya, kuranglah markah presentation korang. kih kih kih. Korang memang TERLEPAS PELUANG di sini. Sekurang-kurangnya, CUBA JAWAB! Biar pendek asal bermakna. Peluang ni bukan senang doe. Nak tampal bahagian markah yang kurang pakai cara ni la...

Ni je lah yang aku rasa pembentangan aku kurang menjadi selama menjadi pelajar universiti ni. Betul kata orang tua, pengalaman mendewasakan kita.

This entry was posted on 12/08/2012 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response.

4 Responses to “4 Sebab Presentation Anda Hancur”

  1. hahaha.. bagus2.. tip2 yang sangat berguna..

    ReplyDelete
  2. Berguna sungguh ni! Terima kasih lah encik! Err, boleh praktik sekali kalau buat pembentangan depan cikgu en? Tapi part eye contact tu. Cikgu selalu kata 'Jangan pandang cikgu! Pandang kawan2 kamu' Haih -_-'

    ReplyDelete
  3. biasa la tu bro ada presentation gune powerpoint... pelajar universiti spttnya bkn mcm stdt kt SM lg tp seorang profesional...

    ReplyDelete
  4. lagi best pensyarah yang suka bash =.="

    ReplyDelete

terima kasih kerana memberi komen YA!
Ada idea dan pendapat mai la habaq mai kat kotaq special bawah ni..
Annonymous boleh komen no hal gua terima dengan pintu jamban yang terbuka...

NO SPAM link-site thank You!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...